Selasa, 19 Disember 2017

ingatan buat diri

nukilan ini ayu bukan buat sendiri... ayu amik ayu petik dari hasil nukilan azura zamri... dalam telegram nya nota hati azura zamri... ia menjadi kekuatan buat ayu... bnyak nasihat yang diberi... ayu terpanggil untuk berkongsi bersama kawan-kawan semua...😀😀

Kita belum lagi berpunya, ada sebab tertentu Allah mahu kita tunggu seketika.

Allah memahami naluri hati kita 'teringin' untuk ada rasa cinta bersama insan yang buatkan kita tertanya-tanya, 'siapakah dia'.

Bukan Allah sengaja menjauhkan kita dari jodoh, tidak pula suka-suka membiarkan diri kita kekal lamanya bersendiri.

Akan tetapi, Allah memilih perkara lain yang harus didahulukan untuk kita menikmati sebelum hadirnya jodoh. Barangkali, itulah yang terbaik dalam kehidupan kita di saat ini.

Allah sudah susun dengan begitu cantik seluruh perjalanan hidup kita dari awal sehingga akhir.

Usah bersedih, pujuklah hati bahawa Allah sentiasa melindungi kita dari sesuatu kisah duka yang tidak sepatutnya kita rasa.

😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍

Dalam hidup ini, tak semua orang akan sukakan kita. Pasti ada yang membenci, meluat dan menyampah tengok kita biarpun tiada sebab.
Kadang, orang yang belum kenal hati budi kita pun boleh pandang serong pada kita berpunca dari mendengar mulut-mulut orang yang membawa cerita kurang baik tentang kita.

Tak pernah ada masalah dengan dia pun, dia sengaja mahu mencari masalah dengan kita sampaikan reaksi wajahnya berubah bila ternampak kita, ini pula yang jadinya.
Pelik, kenapa dengan dia ?

Pengajaran di sini, jangan terhegeh-hegeh lagi mengejar orang yang jelas ketaranya dia tidak ikhlas berkawan dengan kita.
Buat apa masih mahukan dia yang tidak mahukan kita sebagai kawannya sedangkan kita sudah cuba bermacam-macam cara untuk berbaik dengan dia.

Ingat, kita tak boleh puaskan hati semua orang dan Tuhan tidak ajarkan kita agar menagih simpati atau sanjungan dari orang.

Berkawanlah dengan seseorang yang menghargai diri kita dan menerima kekurangan kita seadanya. Kawan seperti inilah yang menceriakan senyuman dan menyejukkan hati kita.
Dia sentiasa ada di saat kita mahu berkongsi kisah susah dan senangnya hidup kita.

2 ulasan: