Isnin, 20 April 2015

AMALAN BULAN REJAB

Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh mengikut kalendar Hijrah dan termasuk dalam salah satu daripada 4 bulan haram dalam kalendar Islam. Bulan-bulan haram ini merupakan antara bulan-bulan mulia dalam Islam. Antara catatan sejarah penting yang berlaku pada bulan ini adalah peristiwa Isra’ dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab.

Rejab juga merupakan bulan Istighfar. Kita digalakkan untuk memperbanyakkan memohon keampunan daripada Allah subhanahu wa ta'ala.

Hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi sebelum kita memasuki bulan Ramadhan. Agak-agak sempat tak kita bertemu Ramadhan pada kali ini?

Para sahabat sejak 6 bulan sebelum Ramadhan lagi sudah sibuk berbicara dan mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini. Bagaimana pula dengan kita?

InsyaAllah. Mulai dari saat ini, niatkan dalam diri masing-masing bahawa kita hendak mempersiapkan diri kita untuk bertemu Ramadhan. Moga-moga sekiranya kita tidak dapat bertemua Ramadhan pada kali ini, Allah memberi pahala atas segala niat kita.

3 ulasan: