Sabtu, 10 Mei 2014

Mini Contest Hari Guru 2014: Sebuah Kenangan

contest hari guru 

ayu amat tertarik dengan mini contest ni... sempena hari guru... hehehe.. kepada kawan2 yang nak join contest ni..klik banner diatas ye..

bagi ayu.... guru..cikgu...ustaz..ustazah..pensyarah. mereka adalah insan yang menjadi antara yang teristimewa dalam hidup kita selain ayah dan ibu.... kenapa???
kerana tanpa mereka kita tidak akan berjaya...seperti sekarang... jasa dan pengorbanan mereka amat besar tanpa kita sedar.. sejarah hidup kita akan terselit mereka semua... sejak dibangku sekolah...sekolah menengah...hinggalah ke menara gading.... insan yang bergelar cikgu pastinya akan kita kenang...

mengenal A B C...1 2.3.. alif..ba..ta... semuanya dari didikan mereka... dimarah..dipukul..dirotan..dicubit... semuanya itu atas dasar inginkan kita berjaya... itulah kata-kata yang selalu ayu terapkan pada mereka..anak didik ayu... setiap kali cikgu marah...cikgu rotan... semuanya atas satu niat cikgu mahukan anak didik cikgu berjaya... cikgu buat ini kerana cikgu sayangkan kamu semua... 

mengajar bukan sahaja ajar malah... mereka para guru sambil mengajar mereka mendidik...mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna kepada agama bangsa dan negara...

kebanyakan guru yang memberi kenangan kepada kita...adalah guru yang garang,..guru yang tegas....dan semestinya guru yang baik... mereka itulah yang menjadi mainan dibibir kita...bila bercerita tentang kenangan dizaman persekolah... guru yang dikenang itulah yang menjadi satu aspirasi kepada kita... aah..betulkan cikgu tu cakap dulu... sekarang baru kita sedar... apa yang cikgu kita nasihat dulu...amatlah berguna kini..

sempena akan tibanya hari guru pada 16 MEI 2014.. ayu nak mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI GURU.. kepada semua cikgu2 yang pernah mengajar ayu di...

SEK.KEB. LKTP AIR TAWAR 5, SEK. MEN. KEB. SEMENCHU, SEK MEN. KEB. TUN HABAB, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU, INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS GAYA, 

serta rakan-rakan guru di 

SEK. KEB. TANSAU dan SEK. KEB. TENGGAROH 5.

alhamdulilah... tahun ni.. menjadi tahun ke 5 ayu bakal menyambut sambutan hari guru bersama-sama rakan guru semua... semoga hari guru ini menjadi satu aspirasi kepada kita untuk lebih cemerlang dalam mendidik anak bangsa kita... insyallah..

 
 
 potongan dari karya istimewa cendiakiawan negara.. menjadi kata-kata semangat... antara hasil kerja tangan ayu dan rakan-rakan disekolah...ini didalam bilik guru..

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA..

2 ulasan: