Selasa, 3 September 2013

Nasihat Imam Al-Ghazali

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak- kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.


3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya..

6 ulasan:

  1. terima kasih dear kerana mengingatkan ... banyak kali ternampak kata2 indah ni.. patut selalu amalkan .. tetapi diri ni yang selalu leka..maafkan aku ya ALLAH..

    BalasPadam
  2. terima kasih sebab ingatkan :)

    BalasPadam
  3. nice sharing kak . insyaallah jadi panduan .

    BalasPadam
  4. Setuju dengan semua yang di atas Ayu dan mudah-mudahan menjadi peringatan buat diri sendiri. Salam kenal.

    BalasPadam