Jumaat, 30 Ogos 2013

I K H L A S

 

 Ikhlas akan membuat amal yang dikerjakan sekalipun berat akan terasa ringan.

Sebaliknya tanpa memiliki jiwa yang ikhlas amal kebajikan seringan apapun akan terasa berat.

Keikhlasan akan melatih jiwa kita untuk lebih kuat dan tangguh dalam menghadapi berbagai problema kehidupan.

Hal ini kerana orang yang ikhlas tidak akan bertambah semangat beramal kerana pujian dan tidak hilang semangat kerana cacian.

Ikhlas akan membuat jiwa menjadi tenang dan aman, tidak dibelenggu oleh pengharapan balasan, pujian dan penghargaan juga tidak takut terhadap celaan dan cemuhan.

Memiliki jiwa yang ikhlas amatlah penting kerana akan membuat hidup lebih indah, ringan dan bermakna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan