Ahad, 29 Julai 2012

SEBELUM ENGKAU HALAL BAGIKU

Aku tak pernah mengharapkan apa-apa darimu kerana aku tau bahwa dirimu belum tentu jadi milikku..

Sebelum engkau halal bagiku,aku tak pernah menyatakan cinta padamu kerana aku hanya akan mengungkapkan rasa cintaku pada Sang Maha Pemberi Cinta..

Sebelum engkau halal bagiku,aku tak pernah menyentuhmu,kerana aku hanya akan menyentuh yang HALAL untukku..

Sebelum engkau halal bagiku ,aku tak pernah merayu,kerana aku hanya akan merayu Pendamping hidupku kelak..

Sebelum engkau halal bagiku,mungkin aku hanya diam membisu seribu bahasa,taukah kamu apa yg aku lakukan,?..Sebenarnya aku sedang ISTIQOMAH memohon petunjuk_Nya disujud sepertiga malamku,jika memang kita berjodoh agar didekatkan dengan jalan_Nya..

Sebelum engkau halal bagiku,mungkin aku banyak menyendiri,taukah kamu apa yg aku lakukan.?..sebenarnya aku sedang melihat KESABARANMU.,sejauh mana rasa keikhlasanmu menerima semua ini..

Sebelum engkau halal bagiku,aku tak berani menggodamu,kerana aku tak ingin menimbulkan HARAPAN dibenakmu,jika suratan takdir_Nya berkata lain yang akan kau temui hanyalah penderitaan dihati,untuk itu mengertilah akan sikapku,aku tak ingin menodai hatimu..

Sebelum engkau halal bagiku,aku hanya menitipkan do'a disetiap sujudku,jika memang kita ditakdirkan untuk membina mahligai kehidupan yang SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH pasti akan bersama dengan jalan_Nya yang Indah,...Aamiin ya Rabbal'alamin

Sabtu, 28 Julai 2012

CIRI CIRI SUAMI PILIHAN

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

KASIH manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji_Nya pasti.

ITULAH sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang…

1-Kuat agamanya,
Biar sibuk sekalipun, solat fardhu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

2-Baik akhlaknya,
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia.Punya rasa hormat pada warga tua.

3-Tegas mempertahankan maruah,
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam?

4-Amanah,
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Pemurah tetapi tidak boros,
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya,
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan,
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya,
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

9-Bertanggungjawab,
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

10-Tenang wajah,
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

,,Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya,,

Ahad, 22 Julai 2012

Happy Birthday to You!!!



hari ini genaplah umurku 28 tahun....hehehe...nak ucapakn selamat ulangtahun kepada diriku sendiri... semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...dan dipermudahkan urusan harian serta dipertemukan jodoh ...amin...

Aku Suka Dia Cover, Ainan Tasneem by Afina (8yrs)


afina nazihah....adalah anak murid ku....sebagai seorang guru matematik nya dan juga selaku guru kelas tahun 2 intan....aku berasa amat bangga kerana anak didikku telah menampakkan bakatnya bermain muzik...semoga berjaya afina....sama2 kita dengarkan lagu nyanyiannya...

Aku Suka Dia - Ainan Tasneem

RAHSIA ZIKIR

Otak menjalankan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

SubhanALLAH...

 

Kelebihan Bulan Ramadan

Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)

Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada
tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim)

Kesabaran Tidak Bisa Dipisahkan Dari Kehidupan..

Sabar bukan berarti diam.

Sabar adalah meneguhkan hati, jiwa dan pikiran untuk terus melangkah, tanpa mengenal kata putus asa.

Sabar adalah aktif dan produktif.

Sabar adalah tidak berkeluh kesah dan tidak anarkis.

Sabar adalah bagian dari iman. Tidak mungkin ada iman tanpa kesabaran.


So, kita harus sabar menghadapi apapun yang terjadi dalam kehidupan ini sampai ajal datang menjemput!

Sabtu, 21 Julai 2012

DOA AGAR DIBERI JODOH TERBAIK

Bismillahirrohmannirrohim.....

Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku tlah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya tuk menujuku ,Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Ridha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..

Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju ridha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dg Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,Temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama2 berjamaah tuk tetap Menuju-Mu..
bimbinglah hati kami ,Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Aamiin ya Rabb...

( Untuk sahabat yang sedang menanti CINTA SEJATI kerana ALLAH..Moga ALLAH memberi yang TERBAIK dalam Pandangan & Pilihan-Nya...mengabulkan doaku,doamu dan doa kita semua.....Aamiin )

TERUNTUK MUJAHIDKU

Bismillahirrahmanirrahim..

Bisa jadi aku tidak mengenalmu sebelumnya, walaupun itu sekadar nama ,tidak tahu siapa dirimu, dari mana asalmu, seperti apa wajahmu, seperti apa suaramu...aku hanya berharap kepada Allah saja, agar IA menjagamu dari godaan2 setan, semoga Allah menjaga “Iffah”mu.

Mujahidku….ku ingin suatu saat nanti.. kita dipertemukan disaat yang tepat, disaat kita saling dipertemukan ,ku harap semuanya hanya kerana Allah semata, kan kita bangun bersama rumah tangga yang Islami, ku akan menjadi makmummu yang setia..insyaAllah.

Mujahidku…
Ku ingin suatu saat nanti kita bisa saling menerima satu sama lainnya, menerima kelebihan dan kekurangan diri masing2 dan kan ku sulamkan sutra cinta untukmu.

Ya Allah Ya Robbi..sudah akan tibakah.. seorang mujahid sejati, untuk menjadi pendamping hidup hamba.Jadikan ia seorang yang sholeh yang bisa membawa hamba untuk lebih mendekat pada_Mu,untuk menyemai cinta di jalan_Mu ,untuk bersama – sama berjuang menegakkan Syariat_Mu.

Ya Allah… hamba mohon pada_Mu… jadikan ia Qowwam rumah tangga yang bijaksana, jadikan ia hakim yang adil dalam permasalahan2 hamba, jadikan ia pemimpin yang arif, jadikan ia sahabat saat hamba ingin curhat,jadikan ia guru saat hamba haus ilmu. Jadikan ia seorang Murobbi saat hamba butuh taujih dan saran, jadikan ia seorang kakak yang bisa hamba pinta bantuannya. Jadikan ia ayah yang senantiasa mendukung kegiatan2 hamba yang selalu memberi semangat.

Ya Allah… jadikan ia orang yang sederhana, qona’ah, arif, bijaksana, penyabar, penyayang, cerdas, sholih, taat beribadah dan jadikan ia pengantarku ke Syurga_Mu.. serta jadikan hamba bidadari tercantik untuknya di dunia dan di akhirat … Aamiin.

Salam Ramadhan..

Sabtu, 14 Julai 2012

SABAR.....

:: Sekali-kali terfikir tentang jodoh, pada akhirnya kelak dengan SIAPA aku akan MENIKAH..siapakah dia yang akan menjadi IMAM dalam solatku, siapakah dia yang akan menjadi NAKHODA dalam bahtera rumahtanggaku..✿~

>>> Allah adalah sebaik-baik pengatur..HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian..cuma, manusia selalu KURANG SABAR..belum sampai ke hujung jalan, sudah BERPUTUS ASA..lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya? Jodoh, memang misteri Ilahi..sampai masa dia PASTI datang..membawa kita terbang bersama cuma perlu SABAR..♥♥ ♥

Jumaat, 13 Julai 2012

SAAT PALING JAUH

Saat yang paling jauh adalah saat mata
mampu memandang orang yang kita cintai
NAMUN kita tak dapat menatapnya dengan
halal.

Saat yang paling jauh adalah saat kita
berhadapan dengan orang yang kita cintai
NAMUN kita haram menyentuhnya.

Saat yang paling jauh adalah ketika tangan
mampu meraihnya NAMUN dia tlah
menggenggam jari tangan yang lain.

Saat yang paling jauh dan menyakitkan
adalah pada saat kita berada di sebuah acara
Ijab Qobul NAMUN Orang yang kita cintai
bersanding dengan Insan yang menjadi
pilihannya..

SEKIRANYA DIA TIDAK DITAKDIRKAN UNTUK KU..


Ya Allah seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya...Ya ALLAH ya TUHAN-ku yang Maha Mengerti, berikan aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya ALLAH yang tercinta, gantikanlah yang hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya.Ya ALLAH ya TUHAN-ku, pasrahkan aku dengan takdir-MU...Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini..Aku redha Ya ALLAH...

Sabtu, 7 Julai 2012

ukhwah...

Tiada kata secantik bahasa...
Sebagai tanda pemula bicara...
Ukhwah itu bukan hanya di mata...
Biarlah abadi dihati selamanya..... ♥

Ahad, 1 Julai 2012

*** Tips Sebelum Mengeluh ***

1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, pikirkan tentang seseorang yang tidakdapat berbicara sama sekali.

2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, pikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.


3. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, pikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

4. Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk, pikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.

5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau istrimu, pikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.

6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, pikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

7. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, pikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, pikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

9. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir, pikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.

10. Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, pikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

11. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa. 

WADAH BUAT DIRIKU

Pengalaman cinta lalu yang telah jauh kita tinggalkan… sesekali lihatlah semula dan nilaikan kembali. Kerana sesungguhnya pengalaman cinta lalu umpama sebuah ensiklopedia yang sangat berharga kepada diri kita. Yang pahit jadikan pengajaran, yang manis pastikan kita sentiasa mengamalkannya dalam setiap episod cinta kita di masa hadapan.Bila cinta beraja di hati kita sanggup berkorban segalanya demi kerana CINTA. Maka maruah dan harga diri digadaikan sebagai jaminan kepada kelangsungan sebuah hubungan. Diketika itu berakhirlah satu ikatan cinta nan suci anugerah Illahi dibayangi oleh satu hubungan baru yang diwarnai dengan noda-noda dosa yang keji dan penuh dengan kepuraan semata-mata.

Tahukah anda?

Tahukah anda setiap langkahan ke majlis Ilmu itu pahala?
Tahukah anda di majlis Ilmu sayap-sayap malaikat menaungi kita?
Tahukah anda majlis Ilmu dapat mengubat hati?
Tahukah anda di majlis Ilmu ada ramai orang soleh?
Tahukah anda juga melihat wajah orang soleh juga beroleh pahala?
Tahukah anda majlis Ilmu dapat mengelak kemungkaran?
Tahukah anda orang berilmu itu tinggi martabatnya disisi Allah?
Tahukah anda majlis Ilmu itu biasanya percuma saja?dapat pahala lagi...PERCUMA..
sedangkan nak menonton wayang + dosa maksiat pun berbayar...tapi anda sanggup pergi...
Tahukah anda majlis Ilmu itu biasanya di masjid..bukankah masjid itu rumah Allah..tak suka dekat dengan Allah ke?
Tahukah anda syaitan suka kacau bila kita ke majlis Ilmu,petanda majlis Ilmu itu disukai Allah dan dibenci syaitan.

kita mahu redha Allah atau redha syaitan?tepuk dada tanyalah Iman..
Moga Allah berikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita....

Aamiin..