Sabtu, 25 Februari 2012

YANG..YANG...YANG

- Yang Singkat Itu "WAKTU".
- Yang Menipu Itu "DUNIA".
- Yang Dekat Itu "KEMATIAN".
- Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".
- Yang Berat Itu "AMANAH"
- Yang Sulit Itu "IKHLAS".
- Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".
- Yang Susah Itu "SABAR".
- Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".
- Yang Membakar Amal Itu "GHIBAH".
- Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".
- Yang Berharga Itu "IMAN".
- Yang Menenteramkan Hati Itu "TEMAN SEJATI".
- Yang Ditunggu Allah Swt. Itu "TAUBAT".

Jumaat, 24 Februari 2012

CANTIK TAK...kelas LINUS...saya....







bukan saja-saja tau...

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?

ingatlah...

~✿..Apabila dirimu memerlukan KEKASIH maka pilihlah ALLAH.. apabila dirimu memerlukan RAKAN maka pilihlah AL-QURAN.. apabila dirimu memerlukan SOKONGAN maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati..kerana Dialah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah HILANG malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNya yang memerlukan..✿~ >>> Kasih Ilahi TIADA SEMPADAN..tidak memilih siapa dan TIDAK BERAKHIR malah KEKAL selamanya..bersendirian tidak bermakna KESEORANGAN, tidak bermakna MENYEPI kerana diri masih "ada" yang MEMERHATI.. ^_^

Sabtu, 18 Februari 2012

LAKI -LAKI IDAMAN SAYA ADALAH..

Seorang lelaki yang beriman Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam..Yang sentiasa haus dengan ilmu dan dahaga akan pahala..Yang solatnya adalah maruah dirinya yang tidak pernah takut untuk berkata benar..Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu..Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah..

Lelaki Idaman saya adalah,,, lelaki yang menjaga tuturkatanya yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya..Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya dan sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang..Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang..


Lelaki Idaman saya adalah,, lelaki yang menghormati ibunya yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga..Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam. Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat..

Lelaki Idaman saya,, sentiasa bersedia untuk menjadi imam..Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah..Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.Yang menjaga matanya dari berbelanja. Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya..


Lelaki Idaman saya,, tidak pernah membazirkan masa yang matanya kepenatan kerana penat membaca, Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir..Tidurnya lena dengan cahaya keimanan..Bangunnya subuh penuh kecergasan Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan..


Lelaki Idaman saya,, sentiasa mengingati mati Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian..


Lelaki Idaman saya,, adalah lelaki Yang tidak terpesona dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan syurga Di situlah rumah idamannya dan dia ingin membawa saya bersama ,Dialah lelaki idaman saya..

segmen ayu : ayu tanya kenape kene g sekolah?..

arini ayu nak buat segmen simple je... memandangkan ayu sedang menanda buku murid-murid ayu....hehehee...segmen ni tutup pada jam 5 petang ni tau...

segmen ni ade satu syarat yg agak senang iaitu kene jawab soalan kat bawah :

1. kenapa kita semua kena g sekolah?...dan cite la sikit kenangan indah semase disekolah rendah..hehehe...mesti best kan...hehehe...

tapi mcm biase kene letak gambar dibawah ni dan kene linkkan ke entry ni...


dah siap......tampal kan link url entry  kawan-kawan kat ruangan komen ayu yer........mekacih kwn-kwn....

Soal jawab...bersama ustaz azhar...

Soalan : Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab.. Ada org kata syaitan yg ganggu.. Ada petua tak utk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bgn pagi rasa sedih.. Kadang² rasa mcm rindu, tapi tak tahu rindu pada siapa..

Jawapan drpd Ustaz Azhar Idrus : PERKARA BIASA.. HATI PEREMPUAN MEMANG
HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR! :)

WHEN??...

~✿..Apabila dirimu memerlukan KEKASIH maka pilihlah ALLAH..apabila dirimu memerlukan RAKAN maka pilihlah AL-QURAN..apabila dirimu memerlukan SOKONGAN maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati..kerana Dialah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah HILANG malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNya yang memerlukan..✿~

>>> Kasih Ilahi TIADA SEMPADAN..tidak memilih siapa dan TIDAK BERAKHIR malah KEKAL selamanya..bersendirian tidak bermakna KESEORANGAN, tidak bermakna MENYEPI kerana diri masih "ada" yang MEMERHATI..(✿◠‿◠)

~♡ Hari Jumaat...hari yg penuh ngn peristiwa kebahagian...^__^

【ツ】♡ Pernikahan antara Adam dan Hawa.
【ツ】♡ Pernikahan antara Yusof dan zulaikha.
【ツ】♡ Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s.
【ツ】♡ Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah khuwailid.
【ツ】♡ Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba'.
【ツ】♡ Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
【ツ】♡ Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra.

Isnin, 13 Februari 2012

kene jadi pencatat dlm mesyuarat ke?...alamak...

tadi pas sekolah ade meeting.....pasal penilaian, pentaksiaran dan peperiksaan sekolah..waaa..pertama kali nyer aku kene jadi pencatat...waaa....takot aku...kenape aku takot?..sebab aku ni kalah bab menangkap ape yg meke cakap..lagi la kene menulis..hmmm....ha kau sekali aku menulis tadi tak hape2 je tulisan aku...esok kene tulis semula dlm buku minit...mati la aku...jgn sampai aku tak paham tulisan aku sendiri sudah...heheheee.... ni pernah terjadi mase aku kat universiti dulu...siap tanya kawan ape yg aku tulis tu..haaha...hope esok aku dpt la menulis dengan jayanya...hehehee....

Ahad, 12 Februari 2012

Peraturan Kelas


  • Mesti menjalankan tugas harian mengikut jadual yang telah ditetapkan (duty roster).
  • Setiap murid bertanggungjawab terhadap diri sendiri
  • Mesti menjaga kawasan sendiri.
  • Tiada sampah di bawah meja atau kawasan sekeliling.
  • Tidak membuat bising semasa guru tiada.
  • Berada tepat di dalam kelas sewaktu sesi pembelajaran.
  • Beratur di luar kelas sebelum ke makmal atau bengkel.
  • Menyiapkan kerja / tugasan yang diarahkan.
  • Tidak melawan kata guru.
  • Ketidakhadiran ke sekolah mesti mempunyai surat.
  • Memakai baju sukan semasa kelas PJ.
  • Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kelas sewaktu guru tiada atau semasa menunggu kedatangan guru.

dah siap lama dah....hehee

cantik tak...???

aku disekolah....tahun 2012

seorang cikgu yang garang...tegas....
menjadi guru kelas tahun 2 intan...
mengajar matematik tahun 1...2...dan 6...
cikgu yang masuk je kelas mesti membawa pembaris saktinyer..

seorang guru yang banyak mulutnyer...
banyak juga kerje nyer...
sampai tak menang tangan...
buku diatas meja bersusun minta ditanda...

nombor..nombor...nombor...
itulah kawanku...
dari dulu dibangku sekolah..
hingga kini dikerusi guru...disekolah...juga...

Kurangkan agenda menCARI si soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah

Seorang budak lelaki kurang ilmu mencintai seorang gadis yang tinggi ilmunya yang merupakan anak imam masjid ..... Satu hari budak itu melamar gadis itu. Kemudian gadis itu berkata, "Dengar sini! Ilmu awak cuma setakat darjah enam ialah berbanding saya pelajar Univeristi Al Azhar.... ...... ... Macam mana saya nak te...rima awak? Bagaimana awak boleh terfikir bahawa saya mahukan awak? Saya tidak akan menyukai awak kerana saya adalah anak kepada imam masjid Kampung Pisang ... Jadi, lupakan saya dan cari orang yang sama taraf dengan awak. " Tetapi entah bagaimana budak lelaki itu tidak dapat melupakannya begitu mudah. 10 tahun kemudian. Satu hari mereka bertembung di sebuah pusat tahfiz. Gadis itu berkata, "Assalamu'alaikum wbt! Awak! Apa khabar? Sekarang saya berkahwin. Adakah awak tahu siapa suami saya? Suami saya adalah lepasan Al Azhar Awak boleh bayangkan? Dan dia juga sangat soleh. " Mata lelaki itu dapat basah dengan air mata setelah mendengar kata-kata gadis itu. Setelah beberapa minit suaminya datang sebelum gadis itu boleh mengatakan sesuatu kepada lelaki itu, suaminya mula berkata apabila melihat lelaki itu. "Tuan Syeikh! Anta di sini? kenalkan isteri ana." Kemudian dia berkata kepada isteri beliau, "Ana amat terhutang budi kepada jasa tuan syeikh kerana banyak memberi dan mengajar ilmu agama kepada ana....Kalaulah tanpa tuan..... Dan ingin tahu satu fakta? Tuan syeikh mencintai seorang gadis tetapi dia tidak dapat perempuan itu. Itulah sebabnya mengapa dia masih belum berkahwin. Sungguh bertuah gadis itu dihatinya, bukan?.... Moral dari cerita ini.... Hidup tidak begitu singkat. Jadi, jangan berbangga dengan diri sendiri dan memperbodohkan orang lain. Situasi boleh berubah dengan masa. Setiap orang harus menghargai cinta..yang paling penting cinta Ilahi ... hargailah semoga kamu dicintai oleh semua ya ..... Jangan menyesal di kemudian hari.. jangan menghina orang lain kerana Allah sentiasa melindungi hamba2 yang disayangiNya iaitu wali2 Allah .... semoga menjadi iktibar kepada kita semua ....~

Khamis, 9 Februari 2012

Jom Join BLOGLIST AyuInsyirah tahun 2012


salam kawan2...hari ni ayu nak buat ...hehehe...bloglist...BLOGLIST AYUINSYIRAH.....hehehe ayu nak kumpulkan senarai blog yg joint bloglist ni nanti di dalam belog ayu hehehe...ala yg kat tepi tu...hehehe
syaratnye mudah je :

SYARAT UTAMA : kene jadi follower ayu dulu yer...
1. korang kene gamkan gmbo diatas dlm entry korg dan linkkan ia ke entry ni..
2. tajoook nye : "Jom Join BLOGLIST AyuInsyirah tahun 2012".
3. dah siap gam kuat2  korgnye url dalam komen kat bawah yer..

hope sangat penyertaaan memberangsangkan... akan tamat pada  29 / 2 / 2012 nantiii...jam 11.09 malam...hehehe...

Ahad, 5 Februari 2012

SegMen SaLam PerKenaLan by Miss BaNu

salam kengkawan........arini ayu nak join segmen miss banu.....kalau nak join...kelik je kat gmbr diatas ye...hehehe...tarikh tutupnye 10022012...salam perkenalan kepada semua.....

Jumaat, 3 Februari 2012

10 PETANDA DIA JODOH KITA…

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.