Isnin, 3 Disember 2012

KETIKA ADA SESEORANG HADIR UNTUK MENYAYANGIMU

Dalam sebuah penantian,
Dalam sebuah harapan,
Dalam sebuah impian..

Ketika ada seseorang datang ingin menyayangimu kerana Allah,
Ketika ada seseorang datang ingin memiliki hatimu kerana Allah..

Bukan kerana wajah semata.
Bukan kerana fizikal semata.
Atau kerana harta belaka.

Maka sambutlah kedatangannya, penuh keikhlasan dengan segenap keterbatasan yang ada pada dirinya.

Berusahalah mengikhlaskan hati untuk menjadi pasangan terbaik dalam hidupnya.
Hingga sama2 menuju SyurgaNya.

Memang benar.
Mencintai dan menyayangi seseorang adalah sebuah fitrah.

Tapi ingatlah,
Cinta sebelum menikah akan membuat sebuah Fitrah akan menjadi sebuah Fitnah.

Dan cinta setelah menikah akan menjadikan Fitrah menjadi sebuah Barakah.

Maka jangan biarkan keindahan cinta dan kasih sayang menjadi musnah,
Hanya kerana berani menghalalkan cinta yang belum waktunya.

Dan ,
Cinta sejati akan mampu membawa kita semakin dekat denganNya.
Bukan sebaliknya yang justeru akan membuat kita semakin jauh dariNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan