Khamis, 15 November 2012

ingatan untuk diriku...dan ...dirimu...

Sekalipun dia punyai BANYAK DOSA pada Allah, siapa kita untuk MENCELA atau MENGATA tentangnya? Sedangkan DOSA KITA BERTIMBUN dan PENGAKHIRAN HIDUP kita pun belum tahu bagaimana. JANGAN mengata keburukan orang, seolah-2 kita sudah pasti ke syurga dan dia pasti ke NERAKA.

Manusia itu pasti melakukan kesilapan, maka jangan rasa angkuh dengan orang yang melakukan kesilapan, kerana kita pasti sudah ada kesilapan kita sendiri, dan kita pasti akan melakukan kesilapan lagi nanti.

Jika kita mampu memimpin orang yang silap, kita hulurkan tangan kita. Jika kita tidak mampu memimpinnya, cukuplah dengan kita tidak menghinanya.

Jangan kata kepada seseorang yang dia tiada harapan untuk ke syurga Allah, jahat mana pun dia, besar mana pun kesalahan dia, besar lagi rahmat Allah Ta'ala. Boleh jadi dia terselamat di syurga, dan kita pula ke neraka.

p/s : Semuanya BERMULA DARI HATI, kerana itulah betapa pentingnya BERSANGKA BAIK pada insan yang lain, Kita TIDAK SELAMANYA BETUL dan dia TIDAK SELAMANYA SALAH. sememangnya kita diciptakan, TIDAK SEMPURNA sifatnya. jom, muhasabah diri. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan