Sabtu, 20 Oktober 2012

punca panas baran...

Lelaki yang tenang itu adalah lelaki yang menjaga solatnya. 34 kali sujud dalam sehari, adalah titik ketenangan.

Sebab itu kalau wanita tidak boleh solat, emosinya tidak stabil kerana tidak dapat 34 kali sujud setiap hari yang 'Allah Bagi Cuti' (ABC).

Solat 5 waktu = 34 kali sujud. Jumlah sujud ini cukup untuk memberi ketenangan. Jadi, terjaga solat, maka terjagalah ketenangan.


Menjaga solat bukan sahaja solat 5 waktu tetapi solat
di awal waktu. Sujud yang dapat pada awal waktu itu yang menyumbang pada ketenangan.

Ustaz ada mengingatkan, lelaki yang selalu asyik panas baran barangkali puncanya adalah daripada solatnya yang tidak dijaga rapi.

Jadi, resipi ketenangan adalah solat cukup 5 waktu dan solat pada awal waktu. Jangan melewat-lewatkan. Nasihat ini adalah untuk diri and para sahabat yang mementingkan solat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan