Selasa, 16 Oktober 2012

bersangka baik, jom! :)

Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kita menghargai perasaan mereka. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kita sekalipun orang yang terdekat dengan kita, selain dari diri kita sendiri dan Tuhan kita.

Kejujuran merupakan resepi utama dalam kehidupan. Kita tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri dan sesiapa saja sekalipun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham. Terpulanglah.. sama ada mereka boleh menerima apa yang telah kita lakukan atai tidak, itu hak masing-2.

Apa yang kita rasa dan fikir adalah hak mutlak kita. Jauhi sikap rasa bersalah kalau apa yang kita rasakan itu tidak menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kita sendiri terpaksa menerima tentangan pendapat daripada orang lain.


Hargai setiap masa yang kita miliki, hindari sikap diri yang suka menunggu-2 & membuang masa sebab, masa tetap akan membuang kita dan tidak akan menunggu untuk bersama melangkah jauh mengejar impian.

Jangan sekali berputus asa semasa melangkah kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci. Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi. Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang kita lakukan selagi ia benar-2 bearti buat kita. Kerana seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan