Jumaat, 13 Julai 2012

SEKIRANYA DIA TIDAK DITAKDIRKAN UNTUK KU..


Ya Allah seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya...Ya ALLAH ya TUHAN-ku yang Maha Mengerti, berikan aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya ALLAH yang tercinta, gantikanlah yang hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya.Ya ALLAH ya TUHAN-ku, pasrahkan aku dengan takdir-MU...Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini..Aku redha Ya ALLAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan