Selasa, 10 April 2012

kawan..

Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa. Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji. Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.

Hakikatnya, dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah Malaikat. Dia juga manusia. Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan