Khamis, 6 Oktober 2011

SEGMEN AYU : JOOM TAMBAH FOLLOWER

assalam kengkawan semua..arini ayu nak buat satu segmen yang cukup2 simple...hehhe....memandangkan impian ayu nak ader follower lebih dari 500...hehehe..semoga impian tercapai...insyaallah..
ayu harap ramai la kengkawan yg sudi joint segmen ayu ni...

syarat2 nyer :
1. sebelum tu pertama sekali ayu minta sangat kawan2 follow ayu dulu..bolehkan..hehe
2. tajuknyer SEGMEN AYU : JOOM TAMBAH FOLLOWER
3. gam kuat2 gambar pinguin diatas dan linkkan ke entry ini ye
4. jawab sikit je soalan :
    BILANGAN FOLLOWER SEKARANG?
5. last sekali letakkan sekali URL belog kawan2 yer...
5. siap....gam kuat2 kat ruangan komen kat bawah...hehehe

 segmen ni ayu kasi masa lama sikit la...hehe..hingga ari JUMAAT (esok) jam 11.59 malam

Selasa, 4 Oktober 2011

SEGMEN AYU : EXAM OOOH EXAM

assalam kawan2...memandangkan arini bermulanya peperiksaan PMR...maka moood exam mesti menghantui diri....hehehe...pasni peperiksaan akhir tahooon...SPM....STAM..STPM...yang kat universiti lagi hehehe...

hidup sebagai seorang pelajar takkan lari ngan exam..exam..exam...hehehe..soooo..arini ayu nak buat segmen simple jer..pasal exam..hehee

syarat nyer simple je;

1. gam dan tampal kuat2 gambar diatas dan linkkan ke entry ini
2. jawab soalan dibawah
   BILA TARIKH MENDUDUKI EXAM UPSR ?
   BILA TARIKH MENDUDUKI EXAM PMR ?
   BILA TARIKH MENDUDUKI EXAM SPM ?
3. dah siap.....gam kuat-kuat kat ruangan komen kat bawah yer...

JAWAPAN AYU:
   BILA TARIKH MENDUDUKI EXAM UPSR ?  1996
   BILA TARIKH MENDUDUKI EXAM PMR ?    1999
   BILA TARIKH MENDUDUKI EXAM SPM ?     2001
   BILA TARIKH MENDUDUKI EXAM SPM ?     2003

segmen ni tutup pada 5 OKTOBER 2011 (esok) jam 10 malam...

Ahad, 2 Oktober 2011

SEGMEN AYU : BLOGLIST TINTA PENA

salam kawan2...malam ni ayu nak buat segmen simple...hehehe...bloglist...BLOGLIST TINTA PENA...memandangkan ni masuk dah bulan 10...hehehe ayu nak kumpulkan senarai blog yg joint bloglist ni nanti di dalam belog ayu hehehe...ala yg kat tepi tu...hehehe

syaratnye mudah je :
1. korang kene gamkan gmbo diatas dlm entry korg dan linkkan ia ke entry ni..
2. tajoook nye : "segmen ayu ; BLOGLIST TINTA PENA".
3. dah siap gam kuat2  korgnye url dalam komen kat bawah yer..

hope sangat penyertaaan memberangsangkan...segmen nih akan tamat pada 3 OKTOBER 2011 nantiii...jam 11.59 malam...hehehe...selamat bersegmennnnn...hehehe

SEGMEN AYU : HARI KONVO KU

salam kawan2 semua...ayu nak buat segmen ni...memandangkan...skrg musim KONVOKESYEN kan...soo ayu nak  buat segmen...tentang konvo..

syaratnye simple je..:

1. gam dan tampal gmbr diatas dan linkkan ke segmen ni
2. jawab soalan dibawah:
    BILAKAH TARIKH ANDA KONVO?
    HADIAH PALING ISTIMEWA YANG ANDA DAPAT MASA KONVO?
    ANDA GRADUAN DARI UNIVERSITI / KOLEJ / MAKTAB MANA? DALAM BIDANG APA?
3. itu je...dah siap gam dan tampal kat ruangan komen dibawah...
                                               

 JAWAPAN SAYA :
- TARIKH KONVO - OGOS 2007 (UMT) DAN JULAI 2010 (IPG)
- HADIAH PALING ISTIMEWA DAPAT BUNGA BESAR
- GRADUAN DARI UMT (ISMS MATEMATIK KEWANGAN) & IPG KAMPUS GAYA.KK   (DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN MATEMATIK)

segmen ni dibuka sampai jam 11.59 mlm ni ye

Sabtu, 1 Oktober 2011

Segmen "promote blog dalam masa sejam"

Salam kawan2...kalu nak joint segmen ni..kelik je ek kat gmbr diatas..hehe...

url blog : http://ayuinsyirah.blogspot.com/
 ape entry paling best :http://ayuinsyirah.blogspot.com/2011/10/surah-al-insyirah.html

SEGMEN HARIS KAITO : JOM TAMBAH FOLLOWER

Salam kawan2...kalu nak joint segmen ni..kelik je ek kat gmbr diatas..hehe...

5 entri blog yang saya suka hari ini

salam kawan2..kalu nak joint kelik je kat gmbr diatas yer...hehee...

5 entry yg best..aku tgk arini..hehe :

http://bageroo.blogspot.com/2011/09/kasihnya-ibu-berkorban-nyawa.html
http://syafiyahmuda.blogspot.com/2011/09/911-collapse.html
http://kerabatongah.blogspot.com/2011/09/kunjungan-aidilfitri-kerabat.html
http://jarimulusmenari.blogspot.com/2011/09/dinner-bumbu-desa-midvalley.html
http://nurulhuda193.blogspot.com/2011/08/yang-lama-itu-lebih-indah-dan-bermakna.html
dah siap..hehehe

Segmen Miss Nadya :: Selamat Datang October

Salam kawan2...kalu nak joint segmen ni..kelik je ek kat gmbr diatas..hehe...

JOM TAMBAH TRAFIKKK

assalam kawan2...kalu nak joint kelik je kat gmbr diatas yer...hehehe


KEEP ON SMILING :)

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

SURAH AL INSYIRAH

AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG


Assalamualaikum,

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.


Wasallam.

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI SAW

SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Semuga menjadi amalan harian kita untuk membaca surah-surah berikut.

Wasallam.