Selasa, 31 Mei 2011

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

HARI TANPA TEMBAKAU...setiap 31 mei.... anti betool ngan rokok nih...abah..insan yang paling aku sayang..pergi meninggalkan kami sekuarga di sebabkan oleh rokok.......aku benci rokok...

nukilan 'dia'

BAYU SEMALAM.

semakin ku cuba lupa
semakin itu aku rasa derita
setelah puas ku usaha
hampa ku terima
perginya sejarah datangnya amarah
darinya kenangan bingkisan seribu harapan
tersepit disini
mencari hilangnya seri
sekian lama terus menyepi
akhirnya tiada lagi...janji tak pasti


TIADA TAJUK
semanis madu bicaramu
sejenis luka dihatimu
salahku merendahkan teratak hatiku
silapku, mengangkatmu lebih tinggi
daripada jambangan bunga dan teratak itu
maafkan aku
kini aku lebih mengerti
mencelah-celah kesempitan kedewasaan
mengatur masa untuk masa depan
sayangku bertukar sepi
rinduku berganti benci
sepatutnya, percayaku pada realiti
bukan asyik bermimpi
adakah aku dilanda emosi?
masih wujudkan lagi kepercayaan dalam diri?
Ya.. Rabbul Jalil
tangan ini menadah keampunan
jiwa ini kekeringan iman
Hai…alangkah nikmatnya syurga
Aduhai…manisnya bidadari yang dianggap permata
dendamku pada kalian berkembang melata
bagai ingin saja kuluruhkan jantungku
mahu saja kuhidangkan hatiku
biar saja pandanganku sentiasa di sisi
hampa…siapalah aku
insan durja yang dipenuhi noda dan dosa
tak bisa melangkah
tak bisa mengungkap kata
kini sendiri menanti saat pergi


DI DAERAH INI
Dikala waktu pagi yang penuh keheningan
terasa dingin menerpa dijiwa
sinaran matahari seakan memancar
sijalak berkokok penuh kebingitan
Didaerah ini
tersimpan seribu satu rahsia
kedamaian dikala duka
keresahan berlaku pergi
membawa kebahagiaan
Didaerah ini
kelihatan pepohon menghijau
melambai dan meliuk
burung-burung riang berkicauan


Suasana yang indah dan damai
suara angin berlalu
mengamit hatiku
mengajar erti kedamaian
Didaerah ini
suka duka bersama rakan
perpisahan dan pertemuan
duka nan lara
disini aku melepaskan kerinduan
yang benar- benar menyeksakan
rinduku kini tiada berteman


EPILOG

tercipta satu kisah...
kini...aku pasti kerinduan ini tak mampu ku bendung lagi
semakin sukar untuk kupulih mahupun dipadam..
semakin kuat untuk menyatakan kebenaran
sukar...pahit...dan kelu
kenangan demi kenangan
seolah gambar-gambar filem yang silih berganti didepan mata
arghh....mengapa semua ini terjadi pada aku yang baru bermula membina kehidupan baru
langkauan yang tak terjangka...
kasih yang tak diduga
mencengkam jiwa bak duri yang amat tajam
apakah citra yang terbina dulu sebenarnya benda yang aku cari selama ini?
mengapa tidak terdaya lagi untuk aku berlari mengapainya...
ahhh....semakin kusut...
penerima tanpa paksa tapi penuh makna
mencerita tanpa perlu membuka kata
tidak pernah kau sedari selama ini aku memburu
memburu kenangan yang telah pupus...
* semoga 'dia' berbahagia disana*






alhamdulilah...siap tanda sudah

jam 6 petang tadi siap sudah tanda 4 set exam paper...makan masa 2 hari..sakit pinggang wooo..hehehe... ni lambakkan 4 set paper yang aku tanda..

ni koleksi markah2 yang diperolehi untuk 2 kelas

markah untuk subjek matematik dan english tahun 2 intan


ni pula markah subjek matematik exam UPPM2 tahun 6 mutiara

ni pulak analisis item setiap soalan bagi subjek matematik dan english (thun2) dan matematik (thun 6)

Isnin, 30 Mei 2011

mula menanda paper

hari ni baru ada mooood untk start tanda paper...ada 4 kumpulan papaer yang nak di tanda..

1. paper UPPM2 UPSR matematik kertas 1 - 19 murid
2. paper UPPM2 UPSR matematik kertas 2 - 19 murid
3. paper EXAM PERTENGAHAN TAHUN matematik tahun 2 - 32 murid
4. paper EXAM PERTENGAHAN TAHUN english tahun 2 - 32 murid

aku buat sikit-sikit la....huhuhu hope dlm minggu nih leh siap.. pas tanda nanti aku nak buat

1. analisa headcount
2. analisis item setiap soalan
3. post-mortem setiap pelajar...

semoga dimudahkan segala urusan....amin

Kimin Mudin - Sayang Kinabalu



lagu sayang kinabalu...lagu yang best sangat...bile aku bosan mesti aku dengar lagu ni..hari ni pesta kaamatan..mesti meriah di bandar kota kinabalu dan penampang...di dewan KDCA... kotobian do tagazo do kaamatan

pesta keamatan

kenangan menyambut pesta keamatan tahun 2009 terimbau kembali sekarang ni..bongkar2 pendrive tak jumpe lak gambo2 yang aku amik dulu semasa di pesta keamatan.. tahun 2009 aku tingal di sabah..cuti pesta keamatan aku saje jer tak balik konon2 nak sambut pesta keamatan..memang syook sangat la.. lagu sayang kinabalu memang lagu yang banyak mengingatkan aku kepada negeri dibawah bayu..tarian sumazau yang amat2 best... moga aku dapat ke sabah nanti.. insyaallah..


tempat sambutan hari kaamatan di penampang...di dewan KDCA

tarian sumazau


pelbagai bangsa di sabah

hari ini

hari ini seawal pagi aku terjaga dari tidur terus aku ambil handphone mencari number hp 'dia' yang mana baru2 ini 'dia' menghubungiku kembali. ucapan selamat hari lahir semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta semoga berbahagia dengan insan yang tersayang aku taip dengan mata yang kelat2...hehehe...taksangke lak sejam kemudian 'dia' balas... biarlah kenangan lama terus menjadi kenangan...

ini dulu...suatu ketika dulu..

tapi..yang ini kini...selamanya...



Ahad, 29 Mei 2011

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER


sayer budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan,
saje joint 'BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER',
agar peroleh sebanyak mungkin rakan.

insyaallah....kepade kengkawan yang nak sesame joint jommm kelik sini

Sabtu, 28 Mei 2011

sambutan hari guru peringkat sekolah tahun 2011


warga sekolah kebangsaan felda tenggaroh 5, mersing


warga sekolah...wanita


pelbagai aksi untuk bergambar...


aksi GB potong kek hari guru..same lak baju GB ngan kek..hehe



kek hari guru

dari sudut yang berbeza..kek hari guru


di pentas



kami berikrar dengan bersemangat


nyanyi lagu wajib hari guru bersama-sama...


GPK hem menyampaikan pantun


persembahan dari guru2 lelaki...ala2 band sekolah..

persembahan dari pelajar2 pendidikan khas..baju biru tuh cikgunyer



persembahan pelajar tahun1 tapi yg menyanyi tuh pelajar tahun 5..

persembahan pelajar tahun 6



ala2 memanah....hehee lastik tin yg tergantoong




lastik melastik...


pakai kasooot tempurung..


cepat-cepat.....hahaha pakai baju kurung pun lenjan kan jer...

Formula Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran ...






Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita.
Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”
Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.
Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata , “Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.[1] Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.” [2]
Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :
1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]
6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,


Kemudian mengatakan,atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]
7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]
8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]
9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]
Wallahu’alam.

Istiwa 'Azam




Istiwa 'Azam ini bermaksud fenomena apabila matahari berada tepat di titik zenit kaabah ketika melintasinya. Fenomena ini hanya berlaku 2 kali setahun iaitu :

1. Pada 28 Mei ( jam 5.16 petang )
2. Pada 16 Julai ( jam 5.28 petang )



Cumanya anda jangan keliru apabila isu semakan arah kiblat diwarwarkan, dengan andaian bahawa arah kiblat sentiasa berubah. Pendapat atau andaian sebegini adalah tidak benar sama sekali kerana Kaabah tidak pernah beralih, justeru kiblat tidak akan berubah.

Apa yang dimaksudkan dengan peluang menyemak arah kiblat adalah bagi mereka yang belum melakukannya atau mungkin untuk sekadar kajian. Bagi yang telah melakukannya sebelum ini, semakan semula adalah tidak perlu, kecuali atas sebab-sebab keraguan atau sebagainya. (contoh: pembinaan semula, pemasangan semula karpet dsb.)

KAEDAH PENYEMAKAN


1. Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya sebagaimana di dalam gambarajah.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus,


3. Tempat yang dipilih untuk menyemak arah kiblat hendaklah tempat yang tidak terlindung dari sinaran matahari,

4. Tepat pada masa yang telah ditetapkan, bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak berkenaan adalah bertentangan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah yang menghadap ke barat.



5. Selain dari tiang yang dipacakkan, kita juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang diyakini tegak dan lurus untuk menyemak arah kiblat.

* Umat Islam adalah disarankan agar memastikan jam yang digunapakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan.

Sebarang keraguan arah kiblat bagi Masjid dan Surau hasil dari semakan tersebut boleh menghubungi Unit Falak Syarie, Pejabat Mufti Negeri Sabah, di talian No. 088 – 218322/268427 hanya mereka yang berada di negeri Sabah sahaja. Bagi negeri - negeri lain bolehlah rujuk kepada Jabatan Mufti negeri masing - masing.

Wallahu'alam.

ehsan dari albelurani.blogspot.com

sejarah hari bapa

Pelbagai cerita dan pendapat yang berkembang dan dicatat dalam cerita sejarah mengenai bermulanya idea sambutan HARI BAPA ini.
Ms Sonora Louise telah digelar sebagai Mother of the Father’s Day Festival. Ini semua kerana besarnya sumbangan dan pengorbanan beliau dalam usaha untuk mewujudkan sambutan hari bapa sebagai mana yang kita sambut sehingga hari ini.

Mengikut catatan sejarah, idea pengasasan hari bapa mula timbul di benak Sonora setelah beliau mengetahui akan adanya sambutan hari ibu pada sekitar tahun 1909. Beliau kemudiannya melihat sendiri begitu besarnya pengorbanan dan susah-payah bapanya dalam membesarkan adik beradiknya setelah kematian ibunya. Justeru, beliau sendiri berfikir bahawa mengapa tidak juga diadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa seorang bapa.

Ideanya ini telah cuba disebar luaskan olehnya sendiri ke merata tempat. Dan ramai juga yang menerima dan ada juga yang mentertawakan usahanya itu. Namun, Sonora tetap berusaha lebih gigih demi memastikan impian dan matlamatnya itu tercapai.

Usaha dan jerih-payahnya mula menampakkan hasil apabila pada 19 Jun 1910, sambutan hari bapa telah mula disambut di Spokane, Washington.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun juga silih-berganti. Hampir kesemua presiden Amerika Syarikat menerima dan menyetujui sambutan Hari Bapa. Dan akhirnya pada tahun 1972, presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa hari ahad minggu ketiga Jun adalah sambutan umum perayaan sambutan hari bapa. Perayaan ini disambut di seluruh dunia sehingga ke hari ini, termasuk negara kita Malaysia.


Sejarah Hari Ibu

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

FIKIR-FIKIRKAN...SEJENAK......apa kata kita sambut hari ibu tiap2 hari...hargai ibu yang membesarkan kita tanpa rasa jemu dan berputus asa...tanpa mengeluh langsung...


Jumaat, 27 Mei 2011

NUR KASIH...

hehehe...aku dapat tingok juga movie NUR KASIH...best sangat...thanks bebanyak kepada kakak syafiyah coz aku tingok berdua ngan kakak di TGV cinemas .... tebrau city.... malam semalam..pukul 745 pm... jalan2 habis..window shopping..pas abis je wayang teroos g dataran johor bahru...makan steamboat...aka cocok2... kami panggil... hampir jam 2 sampai ke umah...hoho..nagntokk pepagi bangun untuk ke sekolah...hehehe... kt bawah ni tiket pangggggooongnyer...sebagai kenangan... beli on9 lagi tuh...hehehe


tande paper....

arini ari last sekolah sebelom cuti 2 minggu....aku masih belom mula lagi untuk menanda...waaaa..kengkawan cikgu yg lain ada yang siap sudah menanda..hmmm.. minda aku masih belom dpt diset lagi untuk menanda..masih penat lagi setelah berkursus selama 3 hari.. malam ni baru nak mula menanda..kemudian buat headcount dan pastu buat post mortem... hope ada la anak muridku mendapat keputusan yang cemerlang... ni la dia empat paper yg perlu aku tanda... nasibbaik ade skema ..hehe...