Isnin, 31 Januari 2011

Fadhilat Ayatul Kursi

1. Barangsiapa yang membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas Solat Fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insya-Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya. Juga keluarga, anak-anak, dan harta bendanya akan terpelihara dengan izin Allah SWT.

2. Orang yang beramal dengan bacaan ayat Al-Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah s.w.t. daripada gangguan serta hasutan syaitan.

3. Pengamal ayat Al-Kursi juga dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Al-Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Al-Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

4. Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

5. Ayat Al-Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Al-Kursi 100 kali, Insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. 

bila...


Bila Allah cepat makbulkan Doamu,Maka DIA menyayangi,
Bila DIA lambat makbulkan doamu,Maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan Doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu sentiasalah bersangka Baik pada ALLAH dalam apa jua
keadaan pun..Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanya

ALLAH ADA JAWAPAN UNTUK SEMUANYA.....

BILA DIRIMU LETIH DAN HILANG SEMANGAT,
ALLAH TAHU BETAPA KAU TELAH MENCUBA SEDAYA UPAYA..........
BILA TANGISANMU BERPANJANGAN DAN HATIMU KEDUKAAN,
ALLAH TELAH MENGIRA TITISAN AIR MATAMU...........
BILA DIRIMU RASA KETINGGALAN DAN MASA MENINGGALKANMU,
ALLAH SENTIASA DI SISIMU...........
BILA DIRIMU TELAH MENCUBA SEGALANYA TETAPI TIDAK TAHU TUJUAN,
ALLAH ADA JALAN PENYELESAIANNYA..
BILA TIADA YANG BERERTI BUATMU,KELIRU DAN KECEWA,
ALLAH ADALAH JAWAPANNYA...........

~Kelebihan Orang Yang Berzikir~

1.Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya.

2.Zikir menyebabkan Allah redha

3.Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia

4.Zikir menggembirakan hati

5.Zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari

6.Zikir memurahkan rezeki

7.Zikir adalah sinaran hati dan muka

8.Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar

9.Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.

10.Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya

11.Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.

12.Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.

13.Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah.

14.Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.

IBU...BIDADARI DIHATIMU...


Seorang bayi bersiap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata pada dirinya sendiri: “ para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah?”

Tiba terdengar suatu suara: “ Jangan bimbang. Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu di sana.”

Bagaimanapun bayi itu merasa bimbang dan takut untuk menghadapi dunia yang amat asing baginya.

“Di sini – surga – apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia,” kata bayi itu dalam nada yang cukup sedih.

“ Jangan kamu bimbang. Bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasa kehangatan cintanya. Dengan semua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini,” terdengar sekali lagi suara tadi.

“Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?” tanya bayi itu separuh merintih.

“Bidadarimu akan berbicara kepada mu menggunakan bahasa lembut yang paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan kamu cara berbicara,” Berkata suara itu lagi.

Bayi itu masih tidak puas hati, dia terus juga bertanya: “aku mendengar bahawa di dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?”

“Bidadarimu akan memberikan perlindungan dengan sepenuh jiwa raganya,” balas suara itu.

“Tetapi aku pasti akan merasa sedih kerana meninggalkan tempat yng begini indah,” rintih bayi itu lagi.

Bidadarimu akan menceritakan kepadamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya, kamu adalah segala-galanya!

Di saat itu suasana menjadi begitu tenang dan perlahan-lahan bayi itu bertanya lagi: “jika aku harus pergi sekarang, bolehkah diberitahu siapakah bidadari itu?
“Kamu akan memanggil bidadari bidadari itu…IBU!”

TINGGALKAN!!!!


Tinggalkan sifat PEMARAH - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

Tinggalkan sifat PENDENDAM - Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

Tinggalkan sifat HASAD DENGKI - Amalannya hangus akibat hasad dengki.

PETUA AGAR ORANG LAIN MUDAH TERTARIK KEPADA KITA:


1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang walaupun kita perlu berwaspada setiap masa.
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
8) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
9) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia lagi ikhlas.
15) Sampaikan berita yang baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

ANDA INGIN LEBIH CANTIK & MENARIK???.


1) Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
2) Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
3) Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
4) Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
5) Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
6) Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
7) Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
8) Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

S..A..H...A....B....A....T



Sahabat adalah orang yang menemani kita dikala suka mahupun duka,,
teman adalah orang yang temani kita disaat kita senang..

Sahabat adalah dia yang menghampiri ketika seluruh dunia menjauh....
dan sahabat juga adalah dia yang telah menghancurkan kebahagiaan sahabatnya sendiri.....

Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa,
Mengenali seseorang itu kadang kala membuatkan kita mengalirkan air mata....
Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberikna kita rasa MARAH,SEDIH,GEMBIRA,SAYANG & RINDU.....
tapi sedarkah kita?
Mengenali seseorang itu adalah anugerah istimewa dari ALLAH....


'Jangan sekali-kali menyakiti sahabat dengan perbuatan atau percakapan anda.Apabila hati sahabat telah terguris pasti sukar untuk mengubatinya lebih-lebih lagi apabila anda tidak menyedari bahawa anda telah menyakiti sahabat itu'.....

WARNA PERSAHABATAN....

Persahabatan itu merupakan kenangan manis buat kita yang mengenal erti sahabat sejati..
Sahabat yang merupakan cermin kepada diri kita..
Sahabat yang ada di waktu senang dan susah..
Sahabat yang selalu menegur kita sekiranya kita lalai..
Sahabat yang sering mengingatkan kita erti persahabatan..
dan sahabat juga yang menyayangi kita serta menolong kita di akhirat kelak..
manisnya bersahabat jika mereka ada dengan kita..
dan pahitnya sahabat jika mereka tinggalkan kita..
itulah sahabat bagaikan pelangi yang mewarni kehidupan kita..

ISLAM ITU INDAH


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”. Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin”. Isam bertanya, “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?” Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air, sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara”.

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan”.

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah
2. Syurga di sebelah kananku
3. Neraka di sebelah kiriku
4. Malaikat Maut berada di belakangku
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratul Mustaqim’
6. Aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik

Sambungnya lagi, “Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud (mengucapkan dua kalimat syahadat yakni kepada Allah dan RasulNya) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun”.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

... SIFAT SAHABAT SEJATI ...


1.. Jika engkau berbuat bakti kepadanya
dia akan melindungimu

2.. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya
dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3.. Jika engkau perlukan pertolongan kewangan daripadanya
dia akan berusaha membantumu

4.. Jika engkau menghulur kebaikan kebadanya
dia akan menerima dengan baik darimu

5.. Jika dia mendapat kebaikan darimu
dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu

6.. Jika engkau perlukan bantuan darinya
dia akan mengusahakan untukmu

7.. Jika dia melihat sesuatu yang tak baik daripadamu
dia akan menutup dari orang tahu

8.. Jika engkau berdiam diri (malu untuk meminta)
dia akan menanyakan kesusahanmu

9.. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu
dia akan meringankan untuk menghilangkan kesusahan itu

10.. Jika engkau berkata kepadanya
dia akan membenarkannya

11.. Jika engkau merancang sesuatu
dia akan membantumu

12.. Jika kamu berdua berselisih faham
nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan

WANITA SOLEHAH

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Ahad, 30 Januari 2011

solehah...


Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.” Imam Ghazali

Ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…

Ukthiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…
Dari hidup dalam kesesatan

Kerana jangan lupa ukhtiku…

Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa
Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…

wanita impian..


Yang dikatakan wanita sejati adalah.....
Yang melindungi diri dan hati dengan amal
Yang menaburkan sopan ke setiap penjuru
Yang melembutkan suara merdunya
Yang cekal dan tabah hatinya Yang tidak patah semangat wajanya Yang menebarkan cinta ke sejagat maya
Yang melimpahkan hati dengan keinsafan
Yang mengosongkan hati dengan dendam
Yang menyemarakkan kasturi di kelopak iman
Wanita dipandang dari peribadinya
Direnung dari akhlaknya
Dilihat dari kesetiaannya
Ditinjau dari ketaatannya Allah
Dibesarkan melalui solatnya
Puasa menjadi amalannya
Al-Quran menjadi hiburannya
Jihad menjadi gelanggangnya
Wanita yang bakal disyurga ialah wanita yang mengubah dunia dengan iman dan akhlaknya..
Ya Allah....
Cantikkanlah akhlakku sebagaimana cantiknya akhlak Rasulullah S.A.W.dan siti fatimah
Tenangkanlah hatiku bagai tenangnya air di tasik dan
serikan wajahku bagai cahayanya bulan purnama di malam hari dan berserinya wajah orang- orang yang beriman.

Insyaallah....

wanita......WANITA...wanita..


Wanita :::: Akal Senipis Rambutnya.... Jangankan lelaki biasa, malah nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...dan nabilah yang menaikkan kemuliaan wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau pun sudah memiliki segalanya. Apakah yang kurang dan apakah yang tiada didalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Illahi Rabbi... Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan... Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok... Itulah hakikatnya supaya wanita kenal Illahi Rabbi yang maha berkuasa mencipta segalanya... Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... Lelaki pula bukan sekadar mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan melalui bimbingan... Pastikan sebelum wanita bertemu Ilahi Rabbi, selamatkan dan sempurnakanlah dirinya... Dekatkan dirinya kepada Allah SWT... Nescaya akan dipermudahkanlah Allah SWT kepentingan dunia dan akhirat dibawah pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali K.W.

FAKTOR-FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA


Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah datang dari faktor dalam. Akar umbinya adalah dalaman seorang wanita itu sendiri. Dan faktornya ada lima. Di sini rumusannya:

1. Lupa Mengingat Allah (SWT)

Inilah pokok pangkalnya. Bila saja wanita lupa mengingat Allah SWT (selalunya kerana kesibukan urusan dunia), maka syaitan pun mula memainkan peranan. Sesungguhnya syaitan itu tidak akan jemu dari menyesatkan manusia. Tegasnya di sini, perteguhkan yang wajib, jinakkan diri dengan yang sunat. Muhasabah diri selalu. Dunia adalah simbolik negeri akhirat.

2. Tertipu Keindahan Dunia

Semakin akhir zaman, makin hebat keindahan dunia. Aku pun adakalanya terpesona. Contoh mudah, bila melihat telefon bimbit yang canggih, kita (empunya diri pun kadangkala) sanggup menggunakan rezeki gaji yg Allah SWT bagi untuk perkara-perkara yg begini. Padahal yg sedia ada masih berkeadaan baik. Bagi wanita lebih-lebih lagi. Tengok sale, kaki terus melangkah ke shopping complex. Walhal, segala keperluan telah lengkap, cuma keinginan yang tak pernah cukup. Tiada siapa yang sempurna (terutama empunya diri). Jadikan kesilapan lalu satu pengajaran. Insyaallah..

3. Mudah terpedaya dengan syahwat

Berkait rapat dgn iman yang lemah. Bila pegangan dalaman lemah, mudahlah kita mengikut kata hati (yang sebenarnya kata syaitan!)

4. Lemah iman

Penyelesaiannya? Lengkapkan ilmu. Kunci iman yg teguh adalah ilmu dan disusuli dengan amal yang berniatkan ikhlas kerana Allah SWT.

5. Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Tepat sekali bila wanita berbanding sesama mereka. Sanggup berhabisan asal orang akan notice appearance kita. Huh! Women are always women. But we are muslimah, not women, right?

warkah istimewa untuk HAWA..


Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa, Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa.... Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa.....
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

Tanda-tanda org yg budiman



Tanda-tanda org yg budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kpd org lain dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan dari org lain....
Semulia-mulia manusia ialah org yg mempunyai adab yg merendah diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat--Khalifah Abdul Malik Marwan

“Wanita yang paling baik adalah yang paling tinggi ketika berdiri dan paling besar ketika duduk, paling jujur ketika berbicara, jika marah ia bersabar, jika tertawa cukup tersenyum, jika membuat sesuatu sangatlah baik, taat kepada suaminya, mengurusi rumahnya, mulia di hadapan kaumnya, rendah dalam dirinya, penuh cinta kasih dan banyak anak, serta yang segala sesuatunya terpuji.”

WANITA/ PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH,

BUKAN
DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK,

TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA

DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI

DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG

air mata kehidupan...


Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, Ibu, mengapa ibu menangis?
Ibunya menjawab, Sebab ibu adalah perempuan, nak. Saya tak mengerti ibu, kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. Nak, kau memang tak akan mengerti…

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. Ayah, mengapa ibu menangis? Ibumu
menangis tanpa sebab yang jelas, sang ayah menjawab. Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis? Dalam mimpinya ia
merasa seolah mendengar jawapannya:

Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap
berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam
kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan
menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan....

JANGAN.....JANGAN...JANGAN....

24 Perkara Jangan Dilakukan....

Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

Yang baik itu adalah dari ALLAH SWT dan yang buruk itu dari hambanya juga...

tabiat mengumpat...


Imam al-Ghazali ada menyebut 6 perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:
1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam.

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.
4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain.
6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan 5 perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah:

a. Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar
b. Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang
c. Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan. 

KENAPA SESETENGAH ORANG SUKA MENGUMPAT?
a. Ingin Melenyapkan Kemarahan - Apabila marahkan seseorang, dilepaskan dengan menceritakan keburukan/kelemahan orang yang dimarahi atau didendami. Jadi ia mengumpat mengata yang bukan-bukan. Punca di sini ialah kemarahan serta dendam dalam hati.

b. Kemegahan Diri – Dia ingin disifatkan dirinya lebih tinggi martabat, lebih megah, dan lebih mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.

c. Dengki - Iri hati melihat orang yang selalu dipuji dan dimuliakan. Jadi dia mencari jalan atau mengambil peluang (capitalize) atas kelemahan dan keburukan orang tersebut, agar orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan.
d. Saja Suka-Suka – Yang ini lebih teruk. Bergurau senda untuk ketawa-ketawa yang tidak ada munafaatnya iaitu memeriahkan suasana gurausenda dengan menyebut keburukan orang lain dengan tujuan untuk menjadi bahan ketawa. Selalunya dari segi meniru perlakuan orang yang diumpati.
e. Menghina Orang - Iaitu menganggap hina, rendah/lemah terhadap orang lain. Ini disebabkan kerana perasaan angkuh, sifat tinggi diri yang tiada terbatas serta ingin menganggap bodoh kepada yang dicemuh.

dari wanita untuk wanita













Rabu, 26 Januari 2011

sekadar ingatan bersama....












JODOH


~ JANGAN TERLALU MEMILIH LUARAN ~

Ajal,maut,jodoh,dan pertemuan semuanya pada ketentuan ALLAH SWT.kecantikan amat subjektif.Jika kecantikan yang dinilai dalam sesebuah perhubungan,apakah kecantikan manusia melebihi kesempurnaan yang dimiliki ALLAH SWT?Tanya pada diri sendiri,apakah kita ada jawapan kepada soalan itu.Jika buntu dan tiada jawapan,maka tepatlah,jangan menilai kecantikan pada fizikal,nilailah kecantikan budi pekerti dan sopan santun seseorang manusia itu.Nilailah pada kecantikan imannya kerana di situlah baru nampak,jelas kecantikannya.

Setiap yang digariskan oleh Rasulullah SAW dalam memilih jodoh dan pasangan itu sudah jelas dan terang.Sesiap yang berpandukan kepada garisan panduan itu,maka pastinya dia menemui kemanisan yang ada dalam sebuah perhubungan yang ikhlas.Namun,manusia sering kali tersasar dalam membuat keputusan dan perhitungan.Seringkali gagal dalam membuat penilaian.Tidak kira lelaki mahupun wanita,jika mencari calon untuk sehidup semati,pasti memilih "cantik".Itu yang diutamakan,walhal seharusnya melihat kepada agama seseorang itu.Andai ada pegangan agama yang kukuh,sendiri cantik itu akan menyusul.

Jangan menidakkan apa yang telah diberikan oleh ALLAH SWT.Jangan terlalu angkuh dalam membuat pilihan.ALLAH tidak suka pada mereka yang sebegini kerana mereka tidak berpusat pada agama tetapi berpusat pada nafsu.Andai ikut nafsu,nafsu tidak pernah puas.Jadi,apa jua yang dilakukan haruslah berbalik kepada agama dan nilai sebaik-baiknya apa yang digariskan oleh agama dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Carilah calon suamimu/isterimu berdasarkan agamanya,semoga kita sentiasa dalam rahmat ILLAHI...jika sudah temui calonnya,,berdoalah...~ Semoga dia menjadi suamiku/isteriku dunia akhirat..Amin Ya Rabb~...^_*

Yg dicari bukan putera raja, biarlah putera agama.
Yg diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yg dinilai, bkn sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati.
Yg dinanti, bkn lamaran dgn permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akn terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan ILLAHI..... ^_^


~ TULANG RUSUK TAKKAN TERTUKAR ~

Jika aku memang tercipta dari tulang rusukmu wahai Adamku:

Biar jauh beribu batu dikau dariku,
Biar bertahun-tahun kita terpisah,
Biar seribu dugaan mendatang,
Biarpun dikau mempunyai insan lain selain diriku,
Biar engkau berada di planet lain,
Biar apa pun yang akan terjadi....
Jika sudah termaktub di Loh Mahfuz,
~ Aku tercipta dari tulang rusukmu,engkau tetap akan jadi
milikku,biarpun lama ku menanti ~

InsyALLAH...InsyALLAH...InsyALLAH....