Ahad, 11 September 2011

kata-kata

JIKA dirimu sekarang sedang menunggu seseorang untuk menjalani kehidupan menuju redha-Nya,maka bersabarlah. Demi Allah, dia tidak datang kerana kecantikan, kepintaran ataupun kekayaan, tetapi dia datang kerana panggilan hatimu yg inginkan pendamping bagi menemanimu menuju redha Allah. Namun Allah lah yg menggerakkan hatinya. Simpanlah segala bentuk ungkapan cinta dan KUNCI hatimu serapatnya hanya untuknya kerana Allah akan menjawabnya dengan lebih indah di saat yang tepat indah pada waktunya. :)
SESEORANG yang apabila kita mengenalinya, dia akan menceritakan hampir kesemua keburukan orang yang dikenalinya adalah bukan seorang teman yang baik. Elakkan dari bercerita tentang keburukan, masalah dan apa2 kelebihan kita kepadanya. Kelak dia akan menjadikan semua hal itu sebagai cerita buruk kita untuk dipersembahkan kepada orang lain pula. ~ Wan Muhd Ali
TIDAK DINAFIKAN bahawa NIAT itu amat penting & ia mempengaruhi semua sudut kehidupan. Ramai kita tahu "niat saja tak buat lagi pun dah dapat pahala!" kan.. Tapi hakikatnya niat itu tdk memberi kesan & tdk dapat mengubah sama sekali akan hakikat sesuatu perbuatan buruk/ maksiat. Perkara yg buruk tetap buruk, walaupun orang yg melakukannya mendakwa bahawa perkara itu dilakukan dgn niat yg baik. JANGAN jadikan kelebihan NIAT itu alasan utk melakukan perkara yg buruk/maksiat! ~ Zainal Rashid

1 ulasan:

  1. Salam;
    bagaiman pulak bohong sunat yang sering digunakan oleh manusia sekarang..??

    BalasPadam