Khamis, 9 Jun 2011

PUJI ATAU KRITIKLAH ENTRI KU INI

assalam...kepada kengkawan sekalian...buat kali ke-4..aku joint segmen abg ben ashaari. seperti biase gambar wajib... yang kat atas tu mesti letak hehehe. ok.. untuk segmen kali nih aku kene mengarang.. ala2 menjawab soalan penulisan untuk UPSR...hehehe.. i like.. tapi aku cobe sedaya upaya idea yg ada..huhu.. dah lama tak mengarang.. jgn sampai terpesong sudah karangan aku nih... kita sama2 lihat dan baca yer..


SOALAN:

Berdasarkan gambar ni , karangkan satu entri dan kaitkan dengan dunia blogger .. Tidak lebih 100 patah perkataan ..


JAWAPAN :

berdasarkan gambar diatas secara lahiriah dari pandangan mata kasar pelbagai tafsiran dapat dibuat antaranya betapa sesaknya lalulintas di tatkala itu, ini mesti sewaktu pulang kerja diwaktu petang mahupun seawal pagi. mereka mempunyai matlamat yang sama... mahu pulang ke rumah dengan selamat ataupun ke suatu tempat yang mereka ingin tujui. berdasarkan gambar itu juga pelbagai refleksi kita dapat saksikan di sebalik cermin yang berada dihadapan kita sedangkan yang dibelakang juga punyai situasi yang sama dengan kita tidak ketinggalan juga yang berada di sebelah kiri kita. mereka semua punyai arah tujunya masing-masing.

dengan ini, apabila kita membuat suatu kesinambungan situasi diatas dengan keadaan dunia blogger di negara kita ini. dunia blogger ini sebenarnya mempunyai rona-rona yang cukup berwarna-warni, pelbagai impak yang positif diperolehi malah yang negatif diambil untuk dibaiki. seterusnya keadaan kesesakan yang dilihat seolah2 digambar seperti dunia blogger yang mana refleksi cermin yang menggambarkan betapa para blogger dengan semangat yang kental bersama-sama memikul matlamat dan tanggungjawab yang sama meneruskan perjalanan ke destinasi yang pasti. keadaan kita yang mana bersaing secara sihat dengan insan di kiri dan kanan mampu memberi suatu impak yang amat berkesan demi memberi suatu warna yang istimewa untuk diabadikan di dunia blogger ini.

diakhir kata sebagai penutup kita perlulah seiring berjalan selari menuju suatu matlamat dan sambil memikul tanggungjawab sebagai blogger yang mampu memberi sinar kepada dunia blogger dinegara kita.

sekian dari insan yang berada diselatan..(alamak macam dah terlebih sudah 100 patah perkataan nih) hehehe sowiiii...sowiii..

4 ulasan:

  1. waw..pnjgnye..tapi best..jom folow rin n komen kt rin juge ye..hee..

    http://clickheartyamereen.blogspot.com/2011/06/puji-atau-kritiklah-entri-ku-ini.html

    BalasPadam
  2. salam
    best entry kak
    tapi dah lebih 100 ayat
    saya blogger baru minta tunjuk ajar

    BalasPadam
  3. wow!! nice entri kak.. saya suka :)

    BalasPadam
  4. saya dah follow anda.

    http://naimulfirdaus.blogspot.com/2011/06/teknik-menarik-pembaca-ke-blog.html maklumkan di artikel saya kalau dah follow. nanti saya follow semula

    BalasPadam