Sabtu, 14 Mei 2011

~~SETIA DAN JUJURKAH CINTAMU~~



wahai teman cinta hidupku
Salam ikatan antara kita
Ikatan cinta antara dua jiwa
Kasih dan sayang telah tercurah
Semakin hari semakin sayang dan rindu

Aku cinta padamu
Bukan kerana paras rupa
Aku cinta padamu
Bukan kerana harta dunia
Aku rindu padamu
Bukan kerana nafsu yang menyimpang
Aku cinta padamu
"KERANA AKU AMAT MENYINTAI DIRIMU.."

Tapi aku juga khuatir
Adakah kau sjujurnya padaku
Aku juga ragu-ragu
Adakah kau setia padaku
Sedangkan aku ikhlas setia padamu

Pesanan cinta..
Jika engkau khianati
Engkaulah yang rugi
Kerana aku akan setia padamu
Jika engkau cinta kerana nafsu geloramu
Engkaulah yang menderita
Kerana engkau tidak temui
Cinta sejatimu dimana-mana

Cinta yang setia
Cinta yang sejati
Cinta yang jujur
Cinta yang ikhlas
Adalah sukar dicari

Wahai teman cinta hidupku
Katakanlah kejujuran darimu
Biar aku puas mendengarnya
Tanpa ragu
Tanpa was-was
Tanpa kemusykilan
Tanpa syak wasangka
Agar aku senang dengan cintamu
"KERANA AKU AMAT MENYAYANGI DIRIMU.."

oleh:shah rizall82

Tiada ulasan:

Catat Ulasan