Jumaat, 20 Mei 2011

KALIMAH ALLAH

tanggal tarikh 30 mac 2011......satu tarikh yang amat bermakna bagi kami warga Sek.Keb. LKTP Tenggaroh 5. ini adalah kerana DIA yang maha pencipta mahu memberi kami peringatan agar mengingati DIA tatkala berada dimana. sekumpulan pelajar yang sedang berada di dataran sekolah yang mana mereka itu terlibat dalam program SEGAK telah terlihat sesuatu yang amat istimewa dilangit...amat jelas sekali kalimah ALLAH itu... kami para guru pun tidak melepaskan peluang turut melihat mendongak kelangit...lama juga awan itu tetap pada kedudukan nya...kami terlalu terpegun dan aku sendiri yang menyaksikannya pelbagai perasaan wujud...beremang bulu roma...subhanallah....ini lah kebesaran ilahi...disebabkan kekaguman dan keterujaan itu...aku tidak terfikirkan pun untuk merakam gambar tersebut hingga lah ada rakan guru yang menegur tidak mo ambil gambar ka?..maka ini ja gambar yang sempat aku ambil tapi ini awannya sudah pecah sedikit...awal2nya amat jelas sekali...


setelah kejadian tersebut...ia amat memberi kesan pada aku....kerana tatkala aku berjalan menuju ke kelas di tingkat 4 aku pasti akan mendongak kelangit akan ada lagikah kalimah itu...rindu terasa... didalam kelas anak mudiku memberitahu kepada aku...cikgu..sebenarnya ini dah yang kedua kali yang pertama dulu masa hari jumaat masa kita semua sedang membaca yassin bersama2 di kantin..kami nampak kalimah ALLAH dilangit tapi kami takut nak beritahu cikgu2 semua...bertuah murid itu dinampakkan kalimah itu pada hari yang amat mulia...semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan illahi....amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan