Sabtu, 14 Mei 2011

~~BICARA TENTANG CINTA SESAMA MANUSIA~~ ~~ ♥ ♥ JaNGaN KeCeWa TeRHaDaP CiNTa ANDa♥ ♥~~

Cinta cinta cinta…..
Pelbagai erti dan jenis cinta.cinta sejati/hakiki/setia,cinta monyet,cinta curang,
cinta harta,cinta paras rupa,cinta buta dan pelbagai kategori jenis cinta.

Apa yang kita ingin kongsikan bersama disini adalah mengenai cinta sejati/hakiki/setia,ikhlas
,jujur dan seumpamanya dan lawanya cinta curang,cinta tak setia/jujur/ikhlas,cinta dusta,cinta mata duitan dan bermacam macam lagi.

Semasa alam percintaan..Manis segala galanya.Siang malam terbayang bayang,saling merindui,I love u,u love me dan bermacam macam pula madah pujangga yang indah indahdilafazkan.Apa nasihat dan pandangan orang semua itu tolak tepi.Tapi bila cinta sudah berkecai maka disitulah baru tersedar dari lamunan.Dan kata kata kesat mula di hemburkan kau lah jantan itu ini atau betina begitu begini akan terkeluar dari mulut kita kerana ketidak puasan hati setelah dikecewakan.

Maka kita mula patah hati untuk bercinta lagi.”Aku dah tak mau dan serik bercinta lagi@“Aku dah tak mau berkahwin lagi.Biarlah aku solo dok sorang2 itu lagi senang.”@ “Semua lelaki/perempuan sama jer”Kebanyakan perkataan itulah yang sering kita dengar dari rakan kita yang kecewa terhadap cintanya.

Cinta itu anugerah Allah s.w.t.Jangan mudah patah hati dan takut bercinta lagi.
Kita perlu ingat hidup ini selalu diberi ujian.Hidup tanpa cinta umpama tiada seri dalam kehidupan.Gagal itu adalah ubat untuk mematangkan kita pada masa akan datang.Mengapa kita ditemukan pada orang yang salah kita cintai.(sila rujuk nota diruangan wall saya atau ke I luv islam.com. bertajuk MENGAPA ALLAH TEMUKAN KITA PADA ORANG YANG SALAH.)Bila kita faham dan tahu mengapa kita hidup di dunia ini dan fahami qoda’ dan qodar(rukun iman yang ke enam)insyaalah kita tidak akan mengeluarkan kata kata yang kesat
atau kecewa yang teramat sangat.kita redhai itu adalah ketentuan illahi.

Untuk kita fahami lagi..saya buat satu contoh..kita bercinta umpamanya kita
menaiki kenderaan@berjalan kaki untuk ke suatu destinasi .kita mengharapkan
kita selamat.Kerana kita sentiasa berwaspada.Andainya ia berlaku sesuatu yang
buruk maka itu lah dikatakan sudah nasib kita malang tak berbau.sama juga dengan percintaan.kita mengharapkan ianya terbaik untuk kita tapi akhirnya berlaku kemalangan(putus cinta),maka kita redhailah itu sudah tersurat dalam kehidupan kita.

Tapi bagi orang yang sudah matang@atau berfikiran positif itu adalah rencah asam garam dalam dunia percintaan.Cinta yang sejati/hakiki/setia,jujur,ikhlas dan seumpamanya adalah cinta sampai ke akhir nafas.Cinta disemai dengan mengharapkan keredhaan (keberkatan)dari Allah s.w.t.Bukan sekadar hanya kerana nafsu.Cinta yang sebegini insyaalalh akan sampai
ke akhir hayat kita bersama pasangan kita.

Apa yang baik datang dari Allah s.w.t,Apa yang kurang itu dari kelemahan kita sebagai hambanya dan sama samalah berusaha perbaiki untuk menjadi insan yang cemerlang terhadap cinta pada pasangan kita dan jangan lupa yang utama adalah CINTA PADA ALLAH S.W.T.Insyaallah…

oleh;Mad Radhi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan