Sabtu, 14 Mei 2011

♥ ♥~~ANDAINYA PEREMPUAN ITU TAHU~~♥ ♥


Andainya perempuan itu tahu...
Dalam hati seorang lelaki
Ada naluri untuk disayangi jua
Ada rasa ingin diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
Ada masa masanya minta ditemani kesedihan

Andainya perempuan itu tahu....
Aadakalanya lelaki minta dipujuk juga
Marah seorang lelaki bukanya membenci
Sedih seorang lelaki harus dselami
Gembira seorang lelaki adalah untuk temannya

Andainya perempuan itu tahu...
Di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut
Walau dalam egonya
Hanya perlu sedikit rasa tahu
Agar rasa kasih itu terasa wujud
Walau saat jauh

Kerana andainya perempuan tahu..
Hati itu akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang lelaki
Wujudkah cinta itu di hati perempuan
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sebagaimana mekarnya cinta itu
Tetap di hati seorang lelaki
Biar pun berkali ombak menghempas
Tak sekali pantai hati itu berubah...

OLEH:Shah Rizal82

Tiada ulasan:

Catat Ulasan