Sabtu, 9 April 2011

target aku..

Jika anda mempunyai masalah berlebihan berat badan atau obesiti, panduan ini boleh membantu anda menurunkan berat badan.
Pemakanan sihat untuk menurunkan berat badan:
  1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kalori seperti makanan bergoreng dan makanan segera.
  2. Kurangkan pengambilan semua jenis minyak dan lemak (tepu, monotaktepu, politaktepu). Contoh: Minyak kelapa sawit, soya, jagung, bijan, zaitun, minyak kacang.
  3. Kurangkan pengambilan makanan mengandungi gula ringkas. Contoh: Gula-gula, sirap, minuman ringan, biskut manis, kuih-muih, kek, coklat, agar-agar, aiskrim, susu pekat manis, kaya dan jem.
  4. Hadkan pengambilan kabohidrat kompleks sesuai dengan keperluan tenaga. Contoh: Nasi, mee, meehon, kuey-teow, roti, ubi-ubi dan semua hasil tepung.
  5. Kurangkan minuman berakohol.
  6. Elakkan makanan tinggi kolesterol. Contoh: Otak, usus, hati, hempedal, buah pinggang, kuning telur (2/3 kali seminggu), telur ikan, ikan bilis dengan kepala dan perut.
  7. Hadkan makanan laut (ketam, udang, sotong, kerang, siput dll)
  8. Kurangkan pengambilan hasil tenusu tinggi lemak (keju, susu penuh krim, susu segar). Elakkan makanan tinggi lemak tepu. Contoh: Minyak kelapa, santan, mentega, minyak sapi, lemak daging, lemak dan kulit ayam, lemak susu.
HIDANGANDIELAKKAN
DIGALAKKAN
NASI
Nasi Beriyani/Nasi Lemak/Nasi Goreng/Nasi Ayam Nasi Putih/Bubur Nasi
MEE/MEEHON
Mee Kari/Mee/Meehon/KueyTeow Goreng Asam Laksa/Mee/Meehon/KueyTeow Sup/Hailam/Rebus/Tomyam
ROTI
Roti Canai/Telur/Murtabak
Capati/Tosai/Roti Nan
LAUK
Rendang/Goreng/Lemak/Kari Bersantan/Ikan Masin Masakan Tomyam/Ikan/Ayam Bakar/Masak Kukus/Asam Pedas/Tomato
KUIH
Kuih Bergoreng/Bersantan Sandwich/Apam Tanpa Kelapa/Popia Basah (Tanpa Udang/Telur)/Kuih Kukus Tanpa Santan/Buah-buahan

MENU CADANGAN

1200kcal 1500kcal
Sarapan Pagi 2 keping roti + 1 sudu teh majerin
1 biji telur/1 sudu makan -sama-
kacang panggang
kopi/teh + 2 sudu teh susu skim
tambahan 1 sudu teh gula dalam minuman
Minum Pagi
1 hidangan buah/2 sudu teh susu skim -sama-
tambahan 1 susu teh gula dalam minuman
Makan Tengahari
1 cawan nasi
1½ saiz kotak daging/
1 peha ayam (kecil)/
½ cawan kekacang (stew/sup/rebus/kukus/bak ar)
sayur (rebus/kukus) 1 hidangan buah
1½ cawan nasi
2 saiz kotak mancis daging
1 peha ayam (sederhana)
2/3 cawan kekacang
(stew/sup/rebus/kukus/bak ar)
sayur (rebus/kukus)
1 hidangan buah
Minum Petang
1 hidangan buahteh/kopi + 2 sudu teh susu skim -sama-
tambah 1 sudu teh gula dalam minuman
Makan Malam
1 cawan nasi

1½ saiz kotak mancis daging/
1 peha ayam (kecil)/
1 ekor ikan selar
½ cawan kekacang (stew/sup//rebus/kukus/ba kar)
sayur (rebus/kukus)
1½ cawan nasi
2 saiz kotak mancis daging/
1 peha ayam (sederhana)
1 ekor ikan selar (sederhana)/
2/3 cawan kekacang (stew/sup//rebus/kukus/ba kar)
sayur (rebus/kukus)
Minum Malam
2 sudu makan susu skim -sama-



Tiada ulasan:

Catat Ulasan