Jumaat, 15 April 2011

~Citra Diri Wanita Solehah~

Citra diri wanita solehah,
terpamer pada riak zahir,
unggul peribadimu teguh iltizammu,
tak mungkin kau gadaikan,
pada kerakusan dunia,
yang menipu dan menyesatkan hala tuju.

Peliharalah sifat malumu,
yang menjadi lambang kemuliaanmu,
di tempat tertinggi,
melengkap sifat mahmudah,
menghindar sifat mazmumah.

Kuiimpikan terbina kukuh mahligai cinta,
bersulamkan ikatan kasih sayang suci,
bersama wanita unggul peribadi,
yang tidak pernah jemu,
memberiku suntikan semangat,
yang kian pudar warnanya.

Kiranya aku diberi pilihan,
selaut harta atau kecantikan zahir,
serba salah aku dibuatnya,
melainkan aku bebas memilih,
wanita dengan keluhuran budi,
dan keimanan tinggi.

Kau pasti tidak merelakan,
tangan tangan rakus,
mencabul kemuliaanmu,
melainkan kau sendiri,
menghulurkan tanda redha
dengan bibit bibit noda,
yang kelak menjadi hujan api,
membakarmu di sana.

Kau tegur dengan keimanan kukuh,
menepis godaan mendatang,
biarlah kau nyatakan,
'imanku tidak boleh dijual beli'
pada mereka yang menyogokmu segunung emas.

Aduhai wanita solehah,
berbahagialah kau kelak,
andai kau rela,
menderita di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan