Sabtu, 12 Mac 2011

suara naluriku berbisik syahdu...

mata tidak mampu dipejam, airmata seakan mahu menitis dikala ini, abnyak benar soalan yang bermain di benak fikiran...mengapa hati terasa sayu waktu ini, rasa diri ini tidak dihargai...hati kecewa bila sayang disia-siakan.. seksanya jiwa memendam rasa, kuserahkan diri pada yang ESA, itulah kasih teragung lagi abadi..jawapan yang sekian lama ku cari akhirnya...ku temui jua..

NALURI beralun merdu...

kadangkala aku berasa amat bertuah
dapat disayangi oleh dirimu
walaupun aku insan yang tidak sesempurna yang diimpi
terkesima aku seketika
mengapa perlu aku bersamamu
dari manakah semua ini bermula
hinggakan sejauh ini kasih tercipta
adakah ini ketentuan dariNYA
jika benar kanku laksana ia sebaiknya
jika tidak rela aku merenggangkan ia
demi insan yang telah tertulis untukmu

walaupun begitu aku bersyukur
syukur kerna kau pernah beraja dalam hatiku
walau hanya seketika cuma
terima kasih atas segalanya
terima kasih atas keperhatinanmu padaku
terima kasih atas kasih sayang yang kau berikan padaku
terima kasih atas semua ini
walaupun berat untukku melepaskan dirimu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan