Isnin, 4 Oktober 2010

Amanah Syurga Buatmu Guru...

nukilan istimewa dari kenalanku yang sama-sama menjadi seorang pendidik mendidik anak bangsa tercinta..

Kukirimkan seorang anak yang istimewa
Untuk kau sayangi dan bimbing sepenuh jiwa
Walaupun dia tidak sama
Dia juga mempunyai perasaan yang serupa
Ingin disayangi dan dicinta
Seperti layaknya seorang manusia
Mungkin dia tidak seceria
Petah berkata-kata dan bijak membaca
Kekadang bergerak juga susah
Apatah lagi memahami semuanya
Tetapi ajarlah dia
Bimbinglah hidupnya
Fahami jiwanya
Walaupun agak susah
Namun segalanya mungkin untuk dia
Mungkin dia sering mengundang masalah
Membuatkan dirimu kecewa dan hampa
Air jernih duka mengalir di mata
Tetapi ingatlah
Sesekali senyuman terukir dibibirnya
Padamlah segala duka
Segala kecewa akan sirna
Hatimu akan berbunga ceria
Kekadang kau mungkin akan berkata
"Mengapa kami" dan "kenapa dia"
Tetapi hanya kau yang kupercaya,
Yang akan menjadi penyeri hidupnya
Tempat bergantung dan bermanja
Walaupun hanya seketika cuma
Janganlah kau mengenepikan dia
Apatah lagi mensia-siakannya
Kerana dia suatu amanah
Dan kupercaya
Kau akan cuba dan berusaha
Mengenali dan menjiwai karenahnya
Kerana kau insan teristimewa
Yang diutuskan dari syurga
Janganlah kau mencongak masa depannya
Kusendiri tak pasti apa
Apa yang kuharapkan cuma
Berilah kegembiraan dan dampingilah dia
Sementara dia masih ada
Kupasti dan percaya
Dia akan menunggumu di pintu syurga
Dengan senyuman dan tangan mendepa
Memelukmu dengan hati berbunga
Untuk hidup bersama-samanya
Kerana dia adalah
Amanah dari syurga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan