Rabu, 29 September 2010

setelah setahun berlalu....

baru kini aku luangkan masa menulis kembali diruangan ini... semoga ada yang baik dan lebih baik dari setahun yang sudah pun berlalu itu. insyaALLAH pengkongsian ilmu akan dipanjangkan lagi hendaknya. Kembali semula penghidupan dibumi semenanjung setelah setahun di borneo.. banyak kenangan indah yang menjadi sebahagian dari lipatan sejarah kehidupan aku dibumi ALLAH S.W.T ini. tanggungjawab yang kian semakin mencabar aku galas dengan penuh keikhlasan dan yakin ini merupakan salah satu ibadah yang mulia. Guru..itulah gelaran yang akan aku sandang dan pikul hingga ke akhir hayatku. semoga aku diberikan kekuatan dan semangat yang kental demi mendidik anak bangsa yang tagihkan ilmu pengetahuan didalam dunia yang penuh dugaan... semakin bertambah usia dunia maka makin besarlah cabaran kita mendidik mereka.. kesabaran itulah sebenarnya yang menjadi rakan karib kepada kita..

2 ulasan: