Selasa, 29 September 2009

bicara manis menghiris kalbu...

Satu per satu teman
Ada disekeliling mu
Satu per satulah jua
Tinggalkan diri mu
Cumalah aku sahaja
Yang masih lagi bertahan
Memendam rasa

Bulan madu yang indah
Sudah sampai kehujungnya
Engkau pun mula berubah
Dan beralih arah
Kata-kata manis
Tiada lagi ku dengar
Hidup ku pula makin tawar

Tiap bicara manis
Bagaikan selumbar bisa
Kau tanam di jiwa
Tak terlihat oleh pandangan
Mata mu

Tiap bicara manis
Memujuk dan merayu ku
Tak usah berlalu
Dan merajuk bawa hati pilu

Andai sudah tiba masa
Dan tiada jodoh kita
Biar kita berpisah... dari merana

Tiap bicara manis
Bagaikan selumbar bisa
Kau tanam di jiwa
Tak terlihat oleh pandangan
Mata mu

Tiap bicara manis
Memujuk dan merayu ku
Tak usah berlalu
Dan merajuk bawa hati pilu

Keikhlasan hati ku
Bukanlah untuk di balas
Cukuplah sekadar
Jadi kenangan waktu berjauhan

Tiap bicara manis
Bagaikan selumbar bisa
Kau tanam di jiwa
Tak terlihat oleh pandangan mata mu

Andai sudah tiba masa
Dan tiada jodoh kita
Biar kita berpisah...
Dari merana

Sabtu, 26 September 2009

MoTiVaSi KasiH....

mahalkanlah harga cinta anda sebab sesuatu yang mahal itu biasanya lebih bermakna untuk disimpan sendiri atau dihadiahkan kepada seseorang kemudian kelak.

cinta suatu nikmat, maka nikmatilah cinta dan jangan tangisi ia. cinta untuk dinikmati bukan ditangisi. apabila anda mula menangis disebabkan cinta maka tinggalkanlah cinta itu. cinta tidak harus lahir bersama airmata, sepatutnya ia terbentuk bersama hilai tawa, ceria dan gembira.

cinta adalah langkah terakhir dalam rentetan perasaan.

jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah kusam. jika anda terlalu cinta, kawallah diri, jangan terserlah melalui tindakan melampau. jika anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang.

banyak perkara dalam hidup menjadi indah apabila kita mengetahui untuk apa dan mengapa meskipun bentuk dan sifatnya menyakitkan dan melukakan.

setiap yang kita sangkakan buruk itu tidak semestinya ia buruk, dan setiap yang kita sangkakan baik untuk kita itu tidak semestinya baik.

mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan orang yang tepat....

Khamis, 24 September 2009

SeLaMaT HaRi RayA....aIDILfitRi...

ucapan ku ucapkan kepada semua kenalan ku...
kemaafan dipohon sekiranya terdapat kata-kata yang menyakitkan hati secara sengaja atau tidak..
terdapat gurauan yang terlebih....hingga menyinggung perasaan...
dan halalkan la makan dan minum...ya...
kepada kawan-kawan satu sekolah di SMK Semenchu, SMK Tun Habab, Kota Tinggi...
kepada kawan-kawan satu kuliah di UMT dulu...
kepada kawan-kawan satu ofis di KPDNHEP cwgn Mersing...
dan kepada kawan-kawan satu kuliah di IPGM Kampus Gaya...

semoga ikatan ukhwah yang terjalin akan terus utuh hingga ke akhirnya...
amin...ya robbalalaminn....

PuAsA...dI bULAn RamaDhAN...1430H...

Puasa merupakan satu ibadat utama bagi kita semua umat islam. Seperti aku juga puasa di bulan Ramadhan pada tahun ini amat bermakna sakali kerana kenangan kali pertama bnyk berlaku. Pada awal Ramadhan lagi...1 Ramadhan bersamaan dengan 22 Ogos 2009, aku berpuasa dalam jangkamasa yang paling panjang seumur hidupku...kenapa yek???
alkisah nyer..aku kene retime akunya flight...so aku balik sabtu pagi seawal Ramadhan pertama untuk cuti seminggu... gembira dihati kerna aku akan dpt berpuasa bersama ibu dan keluarga walaupun untuk seminggu awal ini...puasa pertama inilah yang mana aku bersahur seawal jam 12 tghmlm ...awalnyer??? ya aku malas nak bgun nanti pagi...lagipun imsak kat sabah nih awal jam 4.40 dah imsak... aku tempuhi puasa dengan tenang....jam 9.50pagi aku fly...fly...fly...balik johor...hehehee..biase ler...naik burung merah...
alamak sampai di Johor, aku baru terasa yang aku akan buka puasa lambat....waaaaa.......jam 7.20ptg..kalu kat sabah 6.20ptg dah sungkai (buka).... inilah kenangan pertamaku....

kedua pula....setelah seminggu berpuasa di Johor bersama ibu, abang dan adik....aku fly...fly...fly...again...ke pulau borneo..pada tanggal 31 Ogos.... waaaa...sambut hari merdeka di awan biru.....(moga langitmu makin biru)...cm lagu mawi lak...
1 september aku lalui lagi sesi praktium aku di sek.keb.tansau.... inilah kenangan keduaku yang mana buat pertama kalinya...aku mengajar anak muridku di bulan Ramadhan....banyaknyer dugaan harus aku lalui...dengan karenah mereka yang terlalu menguji kesabaranku.... bnyk gak aku kene involve ngan program sekolah....meeting....bnyknye....nak pitam aku...waaaaa....

berpuasa di Sabah....best sangat...kerana apa???? aku dapat bersungkai awal....jam 6.20....6.19...6.18.....hinggalah seawal 6.15...petang... aku bersama kawan2 akan mengunjungi bazar ramadhan yang mana sebelum tiba tuh kami kene lalui jam yang agak menguji pemanduan... masa pertama kali ke bazar...alamak takutnye nak beli...ya la peniaga nih muka cam melayu...tapi sekali dirisik rupanya kristian...alamak....was-was la.... esoknye g cari bazar lain...akhirnya kami temui bazar yg mostly peniaganya muslim....so sampai keahir la kami akan kunjungi bazar nih...ala bazar area bangunan mahkamah n sebelah bgunan DBKK... macam-macam ada...yg paling syok air yg abang2 handsome tuh jual....wa...masyuk seh... sayap ayam pun syok gak...kek batik n popia...pun best...dah naik kenal abang yg jual tuh...hahahaha...

lastly....puasa kali ini amat bermakna kerana aku diberi peluang oleh ALLAH berpuasa cukup sebulan pada tahun ini...syukran...YaAllah... so aku tinggal tunaikan puasa 6 syawal sahaja la nanti...insyaALLAH...

tanggal 28 Ramadhan bersamaan 18 September 2009 aku fly...fly...fly....lagi.....dengan burung merah...untuk berhari raya....seminggu jer... tapi kesedihan menyelubungi ku pada hari ini kerana berita dari tanah semenanjung telah membuatkan air mataku mengalir... sepupuku memberitahu bahawa ayahnya...(pakcikku) telah pergi kerahmatullah menyahut seruan illahi....
semoga paman tenang disana dan semoga abadi ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...
Arwah Paman Johan amat bertuah...kerana meninggal pada hari Jumaat terakhir Ramadhan dan pada bulan yang mulia.... kepada Bik Nap sekeluarga ku doakan agar kalian tabah dan sabar hadapi dugaan yang diberi ini...... hari raya kali ini sunyi tanpa jenaka Paman Johan yang seringkali mengusikku. Gelaran yang beliau beri padaku seawal usiaku di bangku sekolah lagi iaitu 'GETOK' (getok adalah sejenis kuih diperbuat dari ubi kayu...kuihnya warna putih). gelaran ini lekat hingga ku besar ini adalah kerana dulu aku comel putih cam getok... hahahaha... kononnyer la... tapi sekarang lain sudah...

ku doakan semoga Sarjan Bersara Mohd Johan Bin Haji Duraman di cucuri rahmat...
Al-Fatihah....

TaHnIaH...

ucapan ini ku tujukan kepada kau yang mengerti...
kenangan bersama antara kita biarkanlah ia...
biarkanlah ia pergi jauh...
jauh dari hidup kita berdua...
ku berharap agar kenangan ini terus lenyap dalam ingatan kita...

ciptalah cita-cita kau yang selama ini diimpi...
agar kau mampu bahagiakan keluarga dan dia...

ku disini hanya mampu mendoakan yang terbaik...
terbaik untuk kau...

sekian...
buat kau...
dariku....ada sesuatu denganmu...

Sabtu, 12 September 2009

SuARa NaLuRi..

Kadangkala aku berasa amat bertuah,
dapat disayangi oleh dirimu,
walaupun aku insan yang tidak sesempurna yang diimpi,
terkesima aku seketika,
mengapa perlu aku bersamamu,
dari manakah semua ini bermula,
hinggakan sejauh ini destinasi kasih tercipta,
Adakah ini ketentuan dariNYA,
Jika benar kanku laksana ia sebaiknya,
jika tidak rela aku merenggangkan ia,
demi insan yang telah tertulis untukmu,
walaupun begitu aku bersyukur,
syukur kerna kau pernah beraja dalam hatiku,
walau hanya seketika cuma,
terima kasih atas segalanya,
terima kasih atas keperihatinanmu padaku,
terima kasih atas kasih sayang yang kau berikan padaku,
terima kasih atas semua ini,
walaupun berat untukku melepaskan dirimu sayang....

Jumaat, 11 September 2009

SeNdiRi...

Dikala malam menyapa,
Sendiri aku berteman sepi,
Malam nan larut seolah memahami,
Aku diulit keresahan,
Keresahan yang amat menghimpit jiwa,
Terusik sanubari ini,
Mengapa harusku pendam semuanya,
Berapa lama lagikah harusku nanti,
Inginku luah terasa malu,
Inginku simpan terasa tepu dada ini,
Lantaran tangan ku menadah memohon doa dari NYA,
YA ALLAH jika benar dia tercipta untukku,
Kau hadirkan lah dia dalam hidupku,
Utuhkan lah ikatan suci ini,
Agar ia menjadi hamparan indah hingga ke surga....

RinTiHaN SaNuBari..

Mata tidak mampu dipejam...
Air mata seakan mahu menitis di kala ini...
Banyak benar soalan yang bermain di benak fikiran...
Mengapa hati terasa sayu waktu ini...
Rasa diri ini tidak dihargai...
Hati kecewa bila sayang di sia-siakan
Seksanya jiwa memendam rasa...
Ku serahkan diri pada Yang Esa..
Itulah kasih teragung lagi abadi...
Jawapan yang sekian lama aku cari..
Akhirnya ku temui jua..

Rabu, 9 September 2009

DUGAAN KASIH.

Wahai teman usah kenangkan
Kisah cintamu yang amat memilukan
Ditinggalkan kekasih hati
Impian hidup tiada erti lagi

Diri kecewa hampa dan duka
Derita seakan tiada hujungnya
Arah hidupmu tidak menentu
Tiada insan dapat membantu

Bukankah ini suatu dugaan
Dari Tuhan yang Pengasih Penyayang
Kita sekadar dapat merencana
Hanyalah Dia yang menentukannya

Titis air mata jangan dipersia
Curahkan hanya kepada Yang Esa
Semoga hidup kan lebih sempurna
Sinar bahagia pasti menjelma

Suburkanlah iman di hati
Selalu menginsafi diri sendiri
Tiap ujian pembuka jalan
Untuk kembali kepada Tuhan

WaNitA...

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

ErTi PerSahAbAtAn InI...

Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah kita bersama
Dengarkanlah lagu kutujukan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...

INSPIRASI HATI.....

bila sendirian fikiranku buntu
mengingati dirimu
dikau tiada lagi disisiku
hatiku sayu bertambah pilu
kasih kau inspirasiku
kau mengajarku erti kehidupan ini
takkanku lupakan nasihatmu
kerna ianya berguna untukku
seringkali aku berdoa padanya
agar tabah menyusuri hidup ini

YA ALLAH berilahku kekuatan
untuk tempuhi dugaan yang mencabar
sekiranyaku mendapat pengganti
kuharapkan insan sepertimu
oh kasih
banyak membantu dan mendorongku
menjadi hamba yang taat kepadaNYA

walau dirimu tiada lagi
tapi hatiku tetap kepadamu
kenangan bersamamu
subur mewangi
tidak luput
dari ingatanku.......

Selasa, 8 September 2009

DIAM....mampukah AKU??

diam...
bukan berertiku salah
bukan berertiku kalah
hanya mencari jawapan yang tiada
oh..diam
bukan berertiku marah
bukan berertiku resah
hanya mencari ketenangan
di dalam keriuhan

langit kelabu
wajah memburu
jauhkan aku dari mimpimu
oh..kata-katamu
menikam kalbu
hanya untuk kepentingan dirimu
diam...diam
haruskah aku terus begini
membiarkan kau menguasai
dengan kata-katamu yang tidak pasti
oh...diam
haruskah kau mengulangi
memamah hatiku ini
agar tidak dapat aku berdiri lagi...

KenaLi SiapA Ku??

Di lahirkan ke dunia dengan pelbagai keistimewaan dan kekurangan. Dengan itu, saya tetap bersyukur di atas kurniaan Yang Maha Esa. kenalilah diri ini walaupun tidak sampai kedasarnya...

JULAI
Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain, Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, Berjiwa sentimental jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental, sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yg tajam, suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk, kawal tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja

Diputerikan pada hari ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti
dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara lainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

darah jenis AB
Kamu wanita cerdas.Mampu menjaga suami dengan baik.Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional.Waktu yg ada kamu pergunakannya utk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti2 baru.Kamu tidak suka menjadi ibu2.Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi.Ini menjadikan suami kamu takut sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu.Sifat “cool”adalah milik kamu.Biasanya wanita seperti kamu ditakuti lelaki…

Warna UNGU
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

Personaliti PERIANG
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:
1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau
berfikir dengan idea sendiri
3. lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat
keputusan sendiri
4. lebih banyak bercakap dari mendengar
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak

Personaliti SENSITIF

Bersifat:
1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah
simpati dengan perasaan,kehendak dan kesukaan orang lain
2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain
rasa dan bukan apa yang betul
3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan
konflik dengan orang lain