Sabtu, 12 September 2009

SuARa NaLuRi..

Kadangkala aku berasa amat bertuah,
dapat disayangi oleh dirimu,
walaupun aku insan yang tidak sesempurna yang diimpi,
terkesima aku seketika,
mengapa perlu aku bersamamu,
dari manakah semua ini bermula,
hinggakan sejauh ini destinasi kasih tercipta,
Adakah ini ketentuan dariNYA,
Jika benar kanku laksana ia sebaiknya,
jika tidak rela aku merenggangkan ia,
demi insan yang telah tertulis untukmu,
walaupun begitu aku bersyukur,
syukur kerna kau pernah beraja dalam hatiku,
walau hanya seketika cuma,
terima kasih atas segalanya,
terima kasih atas keperihatinanmu padaku,
terima kasih atas kasih sayang yang kau berikan padaku,
terima kasih atas semua ini,
walaupun berat untukku melepaskan dirimu sayang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan