Selasa, 8 September 2009

DIAM....mampukah AKU??

diam...
bukan berertiku salah
bukan berertiku kalah
hanya mencari jawapan yang tiada
oh..diam
bukan berertiku marah
bukan berertiku resah
hanya mencari ketenangan
di dalam keriuhan

langit kelabu
wajah memburu
jauhkan aku dari mimpimu
oh..kata-katamu
menikam kalbu
hanya untuk kepentingan dirimu
diam...diam
haruskah aku terus begini
membiarkan kau menguasai
dengan kata-katamu yang tidak pasti
oh...diam
haruskah kau mengulangi
memamah hatiku ini
agar tidak dapat aku berdiri lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan